Tahun baharu 2017 telahpun bermula. Kepada adik2 PT3 yang memperolehi keputusan cemerlang , congratulation. Dan kepada adik2 yang dapat keputusan yang lari daripada expectation , jangan sedih-sedih. Kalau you expect nak masuk kelas sains , tiba-tiba result dapat teruk , dan tak berjaya melayakkan diri anda untuk ke kelas sains or kelas yang dihajati , di sini ada beberapa tips ,
1.Jenguk peluang
*Lazimnya kalau masih lagi awal-awal musim persekolahan , akan ada pelajar berpindah sama ada pergi ke MRSM , sekolah sains dan sebagainya. Jadi akan ada kekosongan di situ , pihak sekolah akan tawarkan kepada pelajar kelas lain untuk mengisi kekosongan itu. Jangan rungsing. Kalau ada rezeki , insyahallah.
*Anda boleh buat rayuan kepada pihak sekolah atau kepada GPK HEM. For sure benda ni kena ada surat ibu bapa semua. Sebelum anda membuat rayuan , fikir sejenak adakah anda pasti nak masuk aliran tersebut? Kerana , semasa anda membuat rayuan , anda kena yakin. Bila bercakap / berunding dengan cikgu , you guys kena nampak yakin dan biasanya , cikgu akan minta jaminan. Adakah anda akan buat yang terbaik ? Ada sekolah yang GPK HEM dia tak kisah , nak tukar aliran boleh , pastikan result ok , kalau tak , you guys kena prepare jiwa dan raga , kena perli depan perhimpunan.
2.Motivasikan diri.
*Mesti korang start rasa hampa , lepu... Lagi-lagi jenis yang minat LK or BIO , tapi kena masuk kelas akaun. So, perasaan macam malas gila nak pergi sekolah. Asal ada waktu akaun je , nak ponteng. Jangan macam tu. Yakinkan diri tu untuk bersandar pada ALLAH sepenuhnya. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik buat hambanya. Kalau betul tak tahu juga macam mana nak mempositifkan diri , sini ada satu trick. Minat BIO , tapi kena belajar ACC , well keep going dengan minat mencintai bio , dalam masa sama , belajar akaun. Stedylah. Jadikan bio itu sebagai ilmu sampingan.
*Nak masuk kelas sastera tapi kena masuk kelas LK/Sains ? Ada dikalangan pelajar nak masuk kelas sastera and sewaktu dengannya sebab takut tak boleh fight dengan budak pandai . Ada pula memang minat sastera tapi dah kena aturkan masuk kalas sains. Jangan takut. Dalam satu masa , we can be 2 in 1. Semaikan dalam diri untuk belajar lebih sikit. Its okey , korang boleh ambil subjek tambahan. Jangan rasa , kalau ambil subjek tambahan ni , result kena top baru boleh ambil and so on.
Let me pecahkan rahsia sendiri.Saya jenis yang tak boleh nak stress sangat. Nanti I gonna spoil all the effort that I had done. So , saya kelas sains. Sedia maklum , budak melayu yang pandai2 semua dah pergi sekolah sains. Tinggal yang budak melayu yang sederhana tapi , ada jugalah yang pandai . Dalam kelas tu pula , student chinese memang otak pandai. Every time dapat result , saya dikira sedarhana. So , I just belajar dalam keadaan relax , dalam masa yang sama , saya dapat tekanan daripada result yang baik2, but I still let myself relax. Sampai F5 , alhamdulilah saya dapat pecut. Setiap kali nak exam , 2 minggu sebelum paper , saya hafal buku and buat latihan yang mana sempat.Saya pun ada ambil subjek tambahan seni and bahasa cina. Kalau result korang tak molek , usaha lagi.... Mesti boleh
*But korang kalau jenis yang tak boleh stress2 , boleh guna trick ni.
Lagi satu , sentiasa dekat dengan Allah , banyakkan berdoa agar Dia berikan kita yang terbaik sentiasa. Dan kalau ada ambil subjek tambahan, jangan ajar diri untuk berkata “ aku ada ambil 1 or 2 subjek lebih dari diaorang , ok lah kalau result sederhana.” Please , jangan ajar diri cakap macam itu. Kalau korang kurang usaha , result korang akan lagi kebawah dari orang lain. Tapi , kalau korang usaha lebih , insyahalah result korang akan lebih baik / sama level dengan budak yang result ok ok belaka. Dan the good news is , itu adalah bonus buat diri korang.
3.Kentalkan diri
*Try untuk push diri belajar. Memang kadang kala kita kena tegas sikit dengan diri kita.Cuba untuk kenali subjek itu. Kalau korang sesuai , rasa boleh ikut , why not you keep it up. Kalau rasa tak boleh , drop subjek tu , kalau korang rasa dia agak membebankan. Tapi my advice is , untuk first year korang belajar subjek itu , masih tak boleh hadam , drop je. Ataupun korang rasa sayang nak drop , doa kepada Allah , minta Allah bukakan pintu hati korang dalam belajar subjek itu. Allah akan tolong. Percayalah.
-
-
*Kalau ada apa-apa pertanyaan , boleh e-mail me or drop your comment below.
"Andai kamu perolehi apa yang kamu hajati , maka berbahagialah kamu dengan nikmat itu ; Andai kamu tidak memperolehi apa yang kamu hajati , maka bersyukurlah kamu dengan nikmat itu ; nescaya Allah tahu apa yang terbaik buat hambanya.
Showing posts with label Pandangan Penulis. Show all posts
Showing posts with label Pandangan Penulis. Show all posts
Thursday, 5 January 2017
Friday, 25 April 2014
" Cinta di usia remaja "
Berbicara soal remaja... Siapa yang tak kenal remaja....
Jika bicaara soal remaja , pasti ku terfikir "percintaan" "belajar"
Di usia remaja ini lah kita mula mebina kejayaan dan kehidupan sebagai permulaan seorang remaja..
Saya pasti disini ramai remaja yang terjebak dengan percintaan di sekolah ,
kerana di sekolah atau di tempat yang sering kita tuju itu lah tempat yang kita boleh bertemu dengan orang..
Sebenarnya , perkara yang sering remaja bincangkan mengenai soal hati dan perasaan
itu hanyalah , "Rasa" sahaja.... Di usia ini , mencapai peringkat akil baligh ,
kita lebih cenderung dengan seseorang yang berlainan jantina dengan kita.... Sebenarya , itu ialah " rasa " dan bukan cinta seperti para remaja sering sebut sebutkan ...
" Rasa " itu akan semakin berkurangan apabila kita semakin dewasa , kerana , kita akan
memahami sesuatu itu dengan lebih mendalam dan bersifat lebih profesional semasa kita masuk ke alam dewasa... Perasaan cinta di usia remaja ini hanyalah sementara waktu sahaja , kerana sampai suatu tahap , kita akan lebih memandang seseorang melalui peribadi dan kerjaya dia....
Ya ! saya mengaku , di usia awal remaja ini , pemikiran kita kurang matang , kita pun tidak memikirkan sesuatu itu dengan lebih mendalam dan teliti...
Saya mengaku memang saya pernah jatuh hati dengan kaum adam di usia 11 tahun . Menipulah kalau cakap tak pernah ada " crush "...
Tapi , jujur saya katakan , saya ada jatuh hati dengan seorang lelaki ini , tapi
saya menolak rasa hati , saya sukar nak suka pada mana-mana Adam.... Alhamdulilah
Saya beranggapan perasaan itu hanyalah sementara waktu sahaja dan saya masih memegang status sebagai seorang pelajar , masih banyak lagi pilihan hidup saya.... Jadi saya memberitahu diri saya supaya bercinta dengan Pencipta dahulu sebelum bercinta dengan hambanya.... Saya lebih suka berkawan karib , kerana jika menggunakan status sebagai " kawan karib " atau " berkawan baik " , itu lebih baik , disamping itu , kita boleh mengelakkan "kontroversi" sebagai seorang yang masih belajar .. Sebenarnya ini lebih baik , jika kita bercouple , kemudian putus , hubungan kita dengan seseorang itu pasti renggang , tidak bertegur sapa atau saling menyumpah.... Tapi jika kita berkawan baik , walau apa pun yang terjadi , hubungan kita sebagai seorang kawan baik tidak akan renggang mahupun putus. Siapa kata kita tak boleh memberikan layanan yang baik seperti sweet couple kepada seorang kawan baik , boleh... Mugkin melalui cara itu , kita boleh meng-improve-kan diri dia , sebelum dia bertemu dengan cinta sebenar dia di masa yang akan datang.... Dengan cara itu , sedikit sebanyak kita dapat membantu dia dalam kehidupan dia...Tapi , harga diri , maruah , batas pergaulan harus dijaga....
Ibu sering berkata " Membina kerjaya , mengumpul duit , jadi wanita berkerjaya dan berkebolehan , insyahallah , akan ada pilihan yang terbaik untuk awak...."
Itulah janji Allah terhadap hamba-Nya , jika kita menjadikan diri kita sebagai seorang hamba yang terhebat , terbaik , tidak lupa Nya , tidak riak , pandai dalam semua aspek (senang cakap full package gitu ) , Insyahallah , pasti ada balasan yang setimpal untuk kita ....
Subscribe to:
Posts (Atom)
CREATIVE WRITING TSLB 3252
Non-Fiction (Diary) Dear Diary, Things have been very tough lately. Battling with missing and home sick feelings, I try to shoo it awa...
-
Berbicara soal remaja... Siapa yang tak kenal remaja.... Jika bicaara soal remaja , pasti ku terfikir "percintaan" "belaja...
-
Creative Writing Assignment Non-Fiction (Diary) Dear Diary, Things have been very tough lately. Battling with missing and homesick feelings...
-
Fiction (Short Story) Opportunity That morning, the blazing sun strokes its heat on my head and the skin. I can feel my sweat g...