Showing posts with label Isu-isu Pandangan SoyaBean. Show all posts
Showing posts with label Isu-isu Pandangan SoyaBean. Show all posts

Sunday, 7 May 2017

Nasihat

Assalammualaikum , kepada para pembaca dan salam sejahtera juga.
Pernah tak kita terfikir kenapa dan mengapa kita hendak memberikan dia nasihat dan kenapa kita pula yang menerima nasihat ? Kadang kala ego yang menyebabkan kita mengajukan pertanyaan kenapa aku pula yang kena terima nasihat ini sedangkan dia sama saaja dengan aku perangainya. Dan niat hakiki kita menjadikan diri kita terdorong untuk memberikan nasihat itu.

Mari kita fahami nasihat yang sebenarnya. Nasihat dituturkan dalam keikhlasan , dan mereka yang menggunakan nada sinis dalam "nasihat" , pada pendapat saya itu bukannya nasihat , akan tetapi sindiran. Dalam memberikan nasihat , nada , hati , cara dan niat kena betul. Izinkan saya mengulas mengenai memberi nasihat. 

Peranan memberikan nasihat merupakan peranan semua pihak. Akan tetapi perbuatan memberikan nasihat mahupun teguran berhikmah sepertinya dianggap perbuatan dahulu kala. Kenapa saya berkata sedemikian ? Mungkin kita sudah lali dengan bahasa percakapan orang sekarang ; kubur masing-masing , kau sibuk apa ? ; ataupun kau tu sama je , tak payah nak berlagak alim sangatlah ; atau pak cik / mak cik tak layak nak tegur-tegur , nasihat anak saya , dan sebagainya.

Mari kita letakkan diri kita dalam orang yang memberikan nasihat itu. Sebab apa dia berikan kita nasihat ? Pernah tak kita cuba berbuat demikian ? Tidak bukan ? Sebab apa ? Sebab hati kita tertutup. Dia memberikan kita nasihat , kerana dia merasakan ada perbuatan kita yang tak kena dan ada yang perlu kita perbetulkan sama ada untuk kita menambah baik diri kita ataupun perbuatan kita sudah menyusahkan orang disekelling kita. Sedar tak sedar , perbuatan kita telah menjadikan orang lain serba salah. 

Dan kepada yang memberikan nasihat , andai dia tidak menerima nasihat kita , usah marah-marah , sedih mahupun khuatir. Mungkin ini juga cara Tuhan hendak menunjukkan kepada kita sesuatu yang sentiasa kita terlepas pandang. Cuba kita perhatikan , dan tanya diri sendiri. 

-Kenapa aku nasihat dia , dia tak  dengar ? ADAKAH aku macam dia juga ?-
Soalan yang wajib ditanya pada diri sendiri andai dia keras hati untuk menerima nasihat kita.

1. Adakah aku macam dia ? Mak ayah bila nasihat aku , adakah aku terimanya dengan hati yang terbuka atau melenting ?

2.Adakah aku seperti dia ? Aku nasihati dia untuk bersolat , aku pun bersolat ? Bila kita renungkan balik , kita lengkap bertudung , tutup aurat dan sebagainya . Tanya soalan ini pada diri , dan kita akan dapat jawapan. Rupa-rupanya , selama ini aku kadang kala ada menceritakan keburukan si fulan demikian , demikian , aku mengata dia sebab dia tak solat.

Itulah jawapannya. Dalam kebaikan kita , ada ketelanjuran kita lakukan. Manusia tak sempurna. Kadi perbaikilah diri kita. Sebenarnya itu juga merupakan salah satu cara Allah "menasihati" kita. 
Selain itu , ada suatu hari , dalam rancangan Tanyalah Ustazah. Prof Muhayah Dr. Madya kalau tak silap. Yang bertanya itu berkata , bagaimana kita hendak merubah orang. Jawapan beliau amat mudah.

                              "Kita bukan sesiapa untuk mengubah manusia."

Itu tegasnya diawal penerangan. Jadi kita memahami , andai nasihat kita tak jalan. Renungkan diri kita dulu , mungkin ada yang silap dalam diri aku. Jadikan tindakkan orang yang tak nak terima nasihat itu sebagai salah satu renungan buat kita. Selain itu , sentiasa berdoa supaya Allah bukakan pintu hati kita dan dia untuk menerima nasihat.


Menerima nasihat dan meminta nasihat , jangan segan untuk mendapatkan dan menerima nasihat dari mereka yang lebih muda. Kita selalu dengar , meminta nasihat daripada yang tua. Sebenarnya , setiap peringkat usia , ada betulnya dalam nasihat yang mereka berikan , cumanya ia sesuai untuk digunakan untuk menyelesaikan masalah / memperbaiki diri kita. Rendahkan ego. 

Saya pernah melalui perkara ini. Kadang kalau difikirkan balik , dia agak berani untuk meminta nasihat daripada seorang yang lebih muda daripada dia. Izinkan saya selitkan pengalaman saya agar coretan ini tak kelihatan membosankan. 

Saya telah mengambil lesen kereta bersama seorang ejen. Dahulunya ayahnya yang mengajar. Namun dek keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan , tugas itu diserahkan sepenuhnya kepada anak lelakinya. Saya gelarkan dia abang Ali (bukan nama sebenar) lebih mudah penceritaan ini. Suatu pagi , Abang Ali menceritakan kepada kami (Saya dan lagi seorang budak lelaki) sewaktu dia dalam perjalanan untuk menjemput beberapa orang pelajar memandu. Dia secara tak sengaja masuk ke jalan orang sewaktu membelok corner (jalan taman perumahan) dan menyebabkan bumper kereta orang tu terlanggar pada bahagian pintu Axia dipandu Abang Ali. 

Kata Abang Ali , dia sedang menunduk untuk mengambil barang yang terjatuh dari seat sebelah. Masa saya dengar apa yang dia cakap , saya dah geleng kepala. Dah tahu tengah memandu , boleh pula buat macam tu. Memang salah dia. Dia pun cakap , " Nanti petang abang dah deal dengan dia , settle kan benda ni." Sebenarnya saya rasa kelakar pun ada , dia pening fikirkan nak settlekan macam mana. Soon , dia tanya saya. 

Abang Ali : Abang nak cakap macam mana ek ?
Saya : Abang yang terlanggar dia la ni ?
Abang Ali : Ha.ah... Kalau Syah , macam mana Syah nak cakap dengan dia kalau dia jenis yang agak lembut.
Saya : Dia perempuan ke ? 
AA : Tak , dia lelaki. Tapi agak lembut sikit , abang pernah stalk FB dia. Boleh tak abang cakap , saya banyak kerja nak buat , jadi kita selesaikan begini jelah. Saya bagi awak 300 ringgit gitu , boleh tak ?

*Tergelak kecil aku dengar dia cakap. Saya pun berikan guide line nak buat macam mana saya akan lakukan kalau saya ditempat dia.

Saya : Abang tak boleh jadi yang bersuara dulu. Macam , eh aku bagi kau 300 ringgit jelah sebab aku banyak lagi kerja nak buat. Sebab tu nampak macam abang nak melarikan diri dari kesalahan. So , apa-apa hal , abang bagi dia bersuara dulu. Baru abang bercakap. Sebab kita yang salah , kita hormati dia. Then kalau dia tanya abang , eh macam mana nak buat ek , barulah abang cakap.

Then bila dia jumpa seorang yang lagi tua daripada dia. Dia menceritakan perkara yang berlaku. Dan penyelesaian juga telah diberikan. Pergi bawa kereta dia ke bengkel dan tanya berapa semua tu. And pada keesokan harinya , dia cakap dah selesai. And apa yang saya puji dalam diri Abang Ali , dia gunakan nasihat-nasihat tersebut.

Jadi kalau nak terima nasihat atau meminta nasihat , jangan segan dan rendahkan ego. The most important thing is , rendah kan ego dan buka hati biarpun kita tahu nasihat itu mengandungi kebenaran. 

Kalau saya terima nasihat daripada kakak / parents , saya kadang kala agak tersentap dan kadang melawan. Tapi saya cuba berubah. So , when ever saya terima nasihat , keadaan yang kita rasa dalam diri ialah canggung dan kekok sangat-sangat. Jadi saya mempositifkan diri. Sedaya-upaya ! The moment kita terima nasihat , kita akan melawan atau tak terima sebab kita nak tutup rasa malu itu. Yes ! Itu realitinya. Kita sebagai manusia takut sangat menerima nasihat kerana kita telah menganggapp nasihat itu sebagai salah satu kritikan dan kita telah membiasakan diri kita untuk menyamakan nasihat itu sebagai kritikan. Dan kritikan itu sangat perit untuk didengari. Tapi , berani dan buka hati kita. Sentiasa berdoa kepada Tuhan. Dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan itu. Insyahallah. 😃

Saturday, 7 June 2014

Remaja dan cinta

Assalammualaikum , 
Pasti  ramai insan bergelar remaja ingin bercinta dan punyai teman berlainan jantina , disini , Syah ingin membincangkan soal remaja dan cinta
Sebelum ni Syah pun ada post yang hampir sama juga tapi kali ni Syah nak kongsikan sesuatu yang lebih bermananfaat buat pembaca semua ..... Enjoy ..

"Hmmm.... kenapa jantung ku berdengup semacam ye ? " 
Remaja sering merasakan perasaan sebegini , kadang kala sampai tak berani nak padang orang yang kita suka , itu semua normal , seperti article yang Syah post kan sebelum ni
" Cinta Diusia Remaja  "

" Aku suka dia , aku inginkan dia menjadi peneman hidupku .. Bercouple tak salah , so apa salahnya , kalau dah jodoh  "
Mesti ramai yang pernah berkata sedemikian di usia belasan tahun , tapi kebanyakkannya kaum adam.Pemikiran lelaki kurang matang berbanding wanita di usia sebaya , lebih lebih lagi ketika kita di alam persekolahan menengah , kita banyak perhatikan remaja ialah golongan yang paling banyak terjerumus ke dalam lembah kehinaan . Punca-nya dari perbuatan bercouple ,
Ketika kita mabuk bercinta , semua perkara kita turutkan , termasuklah perkara yang menyalahi akidah , seperti seks bebas , clubbing , lari rumah , melepak with budak motor dan sebagainya ..

" Bercouple cara islam ? "
Bagaimana yang dikatakan bercouple cara islam ? Pernah tak korang nampak perbuatan bercouple ni bertiga atau berempat orang , tak kan ...Perhatikan hadis ini ,
“Tidak diperbolehkan seorang laki dan seorang perempuan berdua’an, karana yang ketiganya adalah setan”
Tak kisah la , bercouple cara islam ke apa , bagi Syah , itu tetap   tak boleh .

 Mungkin article ini bersifat mengkritik tapi , Syah minta maaf jika ada yang terasa , tapi sila teruskan pembacaan anda..
Kesilapan remaja yang sering dilakukan ,

- Terlalu mengikut perasaan 
 "Hello , awak , saya nak lari rumah .... mak asyik marah saya , lagipun saya dah bosan duduk rumah.. Jemput saya okey , malam ni "
Perhatikan , ramaja lari rumah , banyak yang dibawa atau disuruh membawa individu yang digelar " peneman hidup sejati mereka , Dimarahi oleh ibu bapa ? Siapa yang suka , tapi percayalah , mereka bukan memarahi tapi menegur , Remaja tersebut terlalu mengikutkan perasaannya , sampai melakukan perbuatan nekad sedemikian , Kebanyakkan remaja lari rumah bersama teman akan mendapat padah tanpa mereka sedari.... Kes remaja lari rumah , punca utama ialah " bercouple "
Nasihat: Terlalu marah , think positive , nanti 10 tahun akan datang , belum tentu kita dapat mendengar suara mereka , jika terlalu marah , berwudhuk la , insyahallah itu akan memadamkan api kemarahan


- Terlalu obses
"Beb , semalam boy aku ajak aku makan , dia belanja beb  tu lah kau rugi , bercinta like syurga remaja , rugi kau tak nak merasa bercinta " 
                                                                         ~ OR ~
" Kau tahu tak , dia sms aku cakap dia akan jadi peneman hidup aku , oh mai goott melting aku "

Melihat orang disekeliling kita punyai pasangan masing-masing , cemburu dan ingin dilayan seperti perbualan diatas , dibelanja pasangan , diberi kata-kata pemanis , itu kerana  terlalu obses dengan cerita yang kawan cerita kan . Ataupun terlalu obses dengan cerita cinta di media massa , perkara ini memang berlaku di realiti , cepan mata lagi..
Nasihat :  Relax la ..... we're young okey , study , dah bekerjaya , dah berduit , nak apa , segalanya pasti boleh kita dapatkan asalkan dapat keizinan  Allah, biarlah orang lihat kita kolot tak bercouple di usia ini  ... Keredaan Allah lebih mulia daripada keredaan manusia yang mengajak kita ke arah keburukan ...Insyahallah , jangan risau , sudah termaktub sejak kelahiran kita lagi =') 

 
Jika ? H0w ?
Jika ada lelaki ushar (minta nombor telefon & buat bunyi tikus ) ? 
Minta nombor telefon : Kuat kan iman , kuatkan hati , ingat allah , and say
" minta maaf , saya tak suka orang yang tidak kenali tahu nombor "
Buat bunyi tikus : They just test market only , tundukkan pandangan-mu , teruskan perjalanan .

Jika ada lelaki / wanita mendekati diri ? 
Kebanyakkan orang gemar menggunakan cara ini untuk memikat , apa kata gunakan cara or status berkawan baik ?


Sebenarnya , remaja yang dilamun cinta itu fitrah , semua tahu dan pernah merasai kewujudan rasa & perasaan itu di usia remaja , tapi jika diikutkan perasaan , mungkin mengelakkan diri dari bercouple is better buat masa sekarang ( usia remaja ) , Bercinta , berpasangan itu hak masing-masing , tapi itu pilihan remaja sekalian untuk memilih percintaan kejalan keburukkan  ( Bercouple di usia ini ) atau percintaan yang diredhai Allah ( Bernikah dikala tiba waktunya , usianya dan kemampuannya )

Maksiat menghalang hidayah.

Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi'e yang luarbiasa, beliau (Imam Malik) berkata:
"Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di dalam hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat". ”
Maksiat menyebabkan maksiat lain pula. Seorang ulama berkata bahawa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya.

Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi si pelaku
Orang yang pernah bertaubat kadang-kadang terjebak lagi dengan maksiat. Lalu bertaubat, terasa tiada kesan taubat yang dahulu. Mungkin taubatnya yang lepas seperti tidak diterima oleh Allah SWT. 

Tetapi jika masih mengingati akan dosa serta insaf kembali akan perbuatan maksiat itu bermakna Allah SWT masih sayang lagi kepada kita selepas melakukan maksiat. Oleh kerana itu jauhkan diri dari perkara-perkara yang akan membawa diri kearah kemaksiatan. Jadilah orang-orang yang bertaqwa. Allah  SWT berfirman:
(31) Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan, (32) (yaitu) kebun-kebun dan buah anggur, (33) dan gadis-gadis remaja yang sebaya, (34) dan gelas-gelas yang penuh (berisi minuman). (35) Di dalamnya mereka tidak mendengar perkataan yang sia-sia dan tidak (pula) perkataan dusta. (36) Sebagai pembalasan dari Tuhanmu dan pemberian yang cukup banyak,( Surah An Naba: Ayat 31-36) 
PENAWAR SUPAYA MENJAUHI MAKSIAT



Maksudnya:

Yang Mengampuni dosa dan Menerima taubat lagi keras hukuman-Nya. Yang mempunyai karunia. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Hanya kepada-Nyalah kembali (semua makhluk). 

Lebih elok lagi, doa ini dimulakan dengan Allahumma. Bagi yang sukar meninggalkan maksiat. Walaupun telah bertaubat, amalkan setiap kali selepas solat lima waktu dan sebelum tidur, insyaAllah.


So , sampai disini sahajalah apa yang Syah ingi sampaikan kepada sahabat remaja Syah , semoga bermananfaat , Assalammualaikum... Jika tersalah kata atau terlebih cakap , sebelum itu , ku ingin meminta maaf... =')

Friday, 25 April 2014

" Cinta di usia remaja "

Berbicara soal remaja... Siapa yang tak kenal remaja....
Jika bicaara soal remaja , pasti ku terfikir "percintaan" "belajar" 
Di usia remaja ini lah kita mula mebina kejayaan dan kehidupan sebagai permulaan seorang remaja..
Saya pasti disini ramai remaja yang terjebak dengan percintaan di sekolah , 
kerana di sekolah atau di tempat yang sering kita tuju itu lah tempat yang kita boleh bertemu dengan orang..
Sebenarnya , perkara yang sering remaja bincangkan mengenai soal hati dan perasaan 
itu hanyalah , "Rasa" sahaja.... Di usia ini , mencapai peringkat akil baligh , 
kita lebih cenderung dengan seseorang yang berlainan jantina dengan kita.... Sebenarya , itu ialah " rasa " dan bukan cinta seperti para remaja sering sebut sebutkan ...
 " Rasa " itu akan semakin berkurangan apabila kita semakin dewasa , kerana , kita akan 
memahami sesuatu itu dengan lebih mendalam dan bersifat lebih profesional semasa kita masuk ke alam dewasa... Perasaan cinta di usia remaja ini hanyalah sementara waktu sahaja , kerana sampai suatu tahap , kita akan lebih memandang seseorang melalui peribadi dan kerjaya dia.... 
Ya ! saya mengaku , di usia awal remaja ini , pemikiran kita kurang matang , kita pun tidak memikirkan sesuatu itu dengan lebih mendalam dan teliti...
Saya mengaku memang saya pernah jatuh hati dengan kaum adam di usia 11 tahun . Menipulah kalau cakap tak pernah ada " crush "...
 Tapi , jujur saya katakan , saya ada jatuh hati dengan seorang lelaki ini , tapi 
saya menolak rasa hati , saya sukar nak suka pada mana-mana Adam.... Alhamdulilah
Saya beranggapan perasaan itu hanyalah sementara waktu sahaja dan saya masih memegang status sebagai seorang pelajar , masih banyak lagi pilihan hidup saya.... Jadi saya memberitahu diri saya supaya bercinta dengan Pencipta dahulu sebelum bercinta dengan hambanya....  Saya lebih suka berkawan karib , kerana jika menggunakan status sebagai " kawan karib " atau " berkawan baik " , itu lebih baik , disamping itu , kita boleh mengelakkan "kontroversi" sebagai seorang yang masih belajar .. Sebenarnya ini lebih baik , jika kita bercouple , kemudian putus , hubungan kita dengan seseorang itu pasti renggang , tidak bertegur sapa atau saling menyumpah.... Tapi jika kita berkawan baik , walau apa pun yang terjadi , hubungan kita sebagai seorang kawan baik tidak akan renggang mahupun putus. Siapa kata kita tak boleh memberikan layanan yang baik seperti sweet couple kepada seorang kawan baik , boleh... Mugkin melalui cara itu , kita boleh meng-improve-kan diri dia , sebelum dia bertemu dengan cinta sebenar dia di masa yang akan datang.... Dengan cara itu , sedikit sebanyak kita dapat membantu dia dalam kehidupan dia...Tapi , harga diri , maruah , batas pergaulan harus dijaga....
Ibu sering berkata " Membina kerjaya , mengumpul duit , jadi wanita berkerjaya dan berkebolehan , insyahallah , akan ada pilihan yang terbaik untuk awak...."
Itulah janji Allah terhadap hamba-Nya , jika kita menjadikan diri kita sebagai seorang hamba yang terhebat , terbaik , tidak lupa Nya , tidak riak , pandai dalam semua aspek (senang cakap full package gitu ) , Insyahallah , pasti ada balasan yang setimpal untuk kita ....

Thursday, 3 April 2014

Cara pemakaian zaman sekarang

Diriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al Mu'jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya " Akan datang suatu masa dalam umatku segolong para wanita berpakaian , tapi sebenarnya keadaan mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian .. "


Thursday, 27 March 2014

Perikemanusiaan sebagai ibu bapa..

Hujan turun sedikit demi sedikit..
Pasar malam pada hari Rabu , masih lagi ada yang berkunjung ke gerai - gerai 
untuk membeli makanan dan barangan..
Tiba-tiba , 
Mata ku tertarik dengan kelibat dua pasangan , 
Sang suami mendukung anak bongsu lelaki , umur lebih kurang 3 tahun..
Sang isteri memegang payung , bersamanya , dua orang anak kecil , 
kakak sulung dan adik lelaki ke-dua..
Perlahan-lahan dua kanak-kanak itu datang ke gerai kepunyaan keluarga ku..
Tanpa ibu bapa mereka ..... 
Pada ketika itu , ibu bapanya sedang sibuk memilih makanan di gerai berhadapan dengan gerai ku ,
Kanak-kanak itu memanggil ibu bapa mereka , dengan harapan dapat menarik perhatian ibu bapa mereka ,
Tapi , harapan mereka jatuh meleset , 
Ku perhatikan keluarga ini , aku melihat ibu bapa kepada kanak - kanak itu tidak mengendahkan 
mereka , malah ibu bapa itu sepertinya tidak menganggap kewujudan anak-anak itu , 
Alangkah geramnya aku ...
Sebaik sahaja selesai jual beli antara ibu bapa itu dan peniaga itu ,
Pasangan itu berjalan ke-arah gerai ku , lalu sang suami itu menyuruh kanak-kanak itu pergi ke seberang jalan yang sibuk dengan kenderaan pada masa itu...
Tanpa ibu bapa , kanak-kanak perempuan itu mebawa adiknya melintas jalan besar dengan berhati hati.
Pada ketika itu  diri ku dan angah ku berasa amat ragu-ragu , 
ibu bapa mereka langsung tidak menoleh atau membimbing anak kecil itu...
Mereka sibuk memilih makanan di gerai ku....
Selepas siap berjual beli dengan pasangan itu , sang suami membawa sang isteri melintas jalan sambil mendukung anak bongsu "mereka"
Pada ketika itu , aku menjenguk ke seberang jalan , masyahallah , ibu bapa kanak kanak itu sudah berjalan menuju ke kereta , kira -kita 500 meter dari tempat kanak-kanak itu berteduh..
Ya ALLAH , hati kecil ku terdetik 
" dimanakah letaknya 'perikemanusiaan mereka sebagai ibu bapa kepada kaak-kanak itu , alangkah lalai leka nya , apakah ini ibu bapa sebenar kepada kanak kanak itu , mengapa mereka mengabaikan anak-anak itu dan hanya menberi perhatian kepada anak bongsu itu sahaja..., kanak kanak itu tidak mempunyai perasaan ke jika ibu bapa melayan mereka sedemikian..??? Ya Allah "
Tak lama selepas itu , bapa kanak kanak itu datang dan menjemput kanak kanak itu dengan membawa sekaki payung , raut wajah sang bapa tidak ada langsung tercoret wajah yang risau..

Disini Syah ingin menekankan , 
walaupun mereka hanya kanak -kanak , tapi perasaan mereka, jiwa mereka lebih sensitive dari orang dewasa... jadi , suatu masa jika mereka menderhaka ibu bapa mereka , jangan salahkan mereka jika anda sebagai ibu bapa tidak memainkan peranan sebagai ibu bapa yang sepenunya.... Guide them , sepenuhnya...
Ingat lah... Assaalmmualaikum..

Sunday, 2 February 2014

Bercinta di usia remaja

Pasti ramai remaja yang seusia dengan saya ada crush , dan juga GF or BF right...
Bercinta di usia remaja bagi saya tak penting sangat , tapi mungkin ada segelintir yang rasa mereka
needs someone untuk dengar masaalah mereka , talking to them , wish them " good morning " ,
kan kan kan....

“Cinta itu fitrah manusia tidak ada orang yang mampu menolak untuk jatuh cinta” (maksud yang difahami daripada surah Ali Imran: 14).
bercinta... bagi remaja zaman sekarang , itulah trending.. Tapi siapa yang tak ingin dicintai atau mencintai seseorang...Kadang kala , sewaktu bercinta , kita terlupa akan batas batas pergaulan dalam islam...
Mungkin dari segi positifnya  , jika kita ada GF , BF or crush , kita try untuk menunjukkan diri kita yang terbaik di depan mereka , tak kira dari segi pelajaran , sukan dll. 

Kalau bercinta , kita memang tak lari dari perkataan perkatan ayat yang membuat kita rasa bahagia..
Seperti " saya cinta awak dunia akhirat dan bla bla " right..??
Time tu  kita rasa dunia kita yang punya... haha !! 

CREATIVE WRITING TSLB 3252

  Non-Fiction (Diary) Dear Diary, Things have been very tough lately. Battling with missing and home sick feelings, I try to shoo it awa...