Pernah tak kita terfikir kenapa dan mengapa kita hendak memberikan dia nasihat dan kenapa kita pula yang menerima nasihat ? Kadang kala ego yang menyebabkan kita mengajukan pertanyaan kenapa aku pula yang kena terima nasihat ini sedangkan dia sama saaja dengan aku perangainya. Dan niat hakiki kita menjadikan diri kita terdorong untuk memberikan nasihat itu.
Mari kita fahami nasihat yang sebenarnya. Nasihat dituturkan dalam keikhlasan , dan mereka yang menggunakan nada sinis dalam "nasihat" , pada pendapat saya itu bukannya nasihat , akan tetapi sindiran. Dalam memberikan nasihat , nada , hati , cara dan niat kena betul. Izinkan saya mengulas mengenai memberi nasihat.
Peranan memberikan nasihat merupakan peranan semua pihak. Akan tetapi perbuatan memberikan nasihat mahupun teguran berhikmah sepertinya dianggap perbuatan dahulu kala. Kenapa saya berkata sedemikian ? Mungkin kita sudah lali dengan bahasa percakapan orang sekarang ; kubur masing-masing , kau sibuk apa ? ; ataupun kau tu sama je , tak payah nak berlagak alim sangatlah ; atau pak cik / mak cik tak layak nak tegur-tegur , nasihat anak saya , dan sebagainya.
Mari kita letakkan diri kita dalam orang yang memberikan nasihat itu. Sebab apa dia berikan kita nasihat ? Pernah tak kita cuba berbuat demikian ? Tidak bukan ? Sebab apa ? Sebab hati kita tertutup. Dia memberikan kita nasihat , kerana dia merasakan ada perbuatan kita yang tak kena dan ada yang perlu kita perbetulkan sama ada untuk kita menambah baik diri kita ataupun perbuatan kita sudah menyusahkan orang disekelling kita. Sedar tak sedar , perbuatan kita telah menjadikan orang lain serba salah.
Dan kepada yang memberikan nasihat , andai dia tidak menerima nasihat kita , usah marah-marah , sedih mahupun khuatir. Mungkin ini juga cara Tuhan hendak menunjukkan kepada kita sesuatu yang sentiasa kita terlepas pandang. Cuba kita perhatikan , dan tanya diri sendiri.
-Kenapa aku nasihat dia , dia tak dengar ? ADAKAH aku macam dia juga ?-
Soalan yang wajib ditanya pada diri sendiri andai dia keras hati untuk menerima nasihat kita.
1. Adakah aku macam dia ? Mak ayah bila nasihat aku , adakah aku terimanya dengan hati yang terbuka atau melenting ?
2.Adakah aku seperti dia ? Aku nasihati dia untuk bersolat , aku pun bersolat ? Bila kita renungkan balik , kita lengkap bertudung , tutup aurat dan sebagainya . Tanya soalan ini pada diri , dan kita akan dapat jawapan. Rupa-rupanya , selama ini aku kadang kala ada menceritakan keburukan si fulan demikian , demikian , aku mengata dia sebab dia tak solat.
Itulah jawapannya. Dalam kebaikan kita , ada ketelanjuran kita lakukan. Manusia tak sempurna. Kadi perbaikilah diri kita. Sebenarnya itu juga merupakan salah satu cara Allah "menasihati" kita.
Selain itu , ada suatu hari , dalam rancangan Tanyalah Ustazah. Prof Muhayah Dr. Madya kalau tak silap. Yang bertanya itu berkata , bagaimana kita hendak merubah orang. Jawapan beliau amat mudah.
"Kita bukan sesiapa untuk mengubah manusia."
Itu tegasnya diawal penerangan. Jadi kita memahami , andai nasihat kita tak jalan. Renungkan diri kita dulu , mungkin ada yang silap dalam diri aku. Jadikan tindakkan orang yang tak nak terima nasihat itu sebagai salah satu renungan buat kita. Selain itu , sentiasa berdoa supaya Allah bukakan pintu hati kita dan dia untuk menerima nasihat.
Menerima nasihat dan meminta nasihat , jangan segan untuk mendapatkan dan menerima nasihat dari mereka yang lebih muda. Kita selalu dengar , meminta nasihat daripada yang tua. Sebenarnya , setiap peringkat usia , ada betulnya dalam nasihat yang mereka berikan , cumanya ia sesuai untuk digunakan untuk menyelesaikan masalah / memperbaiki diri kita. Rendahkan ego.
Saya pernah melalui perkara ini. Kadang kalau difikirkan balik , dia agak berani untuk meminta nasihat daripada seorang yang lebih muda daripada dia. Izinkan saya selitkan pengalaman saya agar coretan ini tak kelihatan membosankan.
Saya telah mengambil lesen kereta bersama seorang ejen. Dahulunya ayahnya yang mengajar. Namun dek keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan , tugas itu diserahkan sepenuhnya kepada anak lelakinya. Saya gelarkan dia abang Ali (bukan nama sebenar) lebih mudah penceritaan ini. Suatu pagi , Abang Ali menceritakan kepada kami (Saya dan lagi seorang budak lelaki) sewaktu dia dalam perjalanan untuk menjemput beberapa orang pelajar memandu. Dia secara tak sengaja masuk ke jalan orang sewaktu membelok corner (jalan taman perumahan) dan menyebabkan bumper kereta orang tu terlanggar pada bahagian pintu Axia dipandu Abang Ali.
Kata Abang Ali , dia sedang menunduk untuk mengambil barang yang terjatuh dari seat sebelah. Masa saya dengar apa yang dia cakap , saya dah geleng kepala. Dah tahu tengah memandu , boleh pula buat macam tu. Memang salah dia. Dia pun cakap , " Nanti petang abang dah deal dengan dia , settle kan benda ni." Sebenarnya saya rasa kelakar pun ada , dia pening fikirkan nak settlekan macam mana. Soon , dia tanya saya.
Abang Ali : Abang nak cakap macam mana ek ?
Saya : Abang yang terlanggar dia la ni ?
Abang Ali : Ha.ah... Kalau Syah , macam mana Syah nak cakap dengan dia kalau dia jenis yang agak lembut.
Saya : Dia perempuan ke ?
AA : Tak , dia lelaki. Tapi agak lembut sikit , abang pernah stalk FB dia. Boleh tak abang cakap , saya banyak kerja nak buat , jadi kita selesaikan begini jelah. Saya bagi awak 300 ringgit gitu , boleh tak ?
*Tergelak kecil aku dengar dia cakap. Saya pun berikan guide line nak buat macam mana saya akan lakukan kalau saya ditempat dia.
Saya : Abang tak boleh jadi yang bersuara dulu. Macam , eh aku bagi kau 300 ringgit jelah sebab aku banyak lagi kerja nak buat. Sebab tu nampak macam abang nak melarikan diri dari kesalahan. So , apa-apa hal , abang bagi dia bersuara dulu. Baru abang bercakap. Sebab kita yang salah , kita hormati dia. Then kalau dia tanya abang , eh macam mana nak buat ek , barulah abang cakap.
Then bila dia jumpa seorang yang lagi tua daripada dia. Dia menceritakan perkara yang berlaku. Dan penyelesaian juga telah diberikan. Pergi bawa kereta dia ke bengkel dan tanya berapa semua tu. And pada keesokan harinya , dia cakap dah selesai. And apa yang saya puji dalam diri Abang Ali , dia gunakan nasihat-nasihat tersebut.
Jadi kalau nak terima nasihat atau meminta nasihat , jangan segan dan rendahkan ego. The most important thing is , rendah kan ego dan buka hati biarpun kita tahu nasihat itu mengandungi kebenaran.
Kalau saya terima nasihat daripada kakak / parents , saya kadang kala agak tersentap dan kadang melawan. Tapi saya cuba berubah. So , when ever saya terima nasihat , keadaan yang kita rasa dalam diri ialah canggung dan kekok sangat-sangat. Jadi saya mempositifkan diri. Sedaya-upaya ! The moment kita terima nasihat , kita akan melawan atau tak terima sebab kita nak tutup rasa malu itu. Yes ! Itu realitinya. Kita sebagai manusia takut sangat menerima nasihat kerana kita telah menganggapp nasihat itu sebagai salah satu kritikan dan kita telah membiasakan diri kita untuk menyamakan nasihat itu sebagai kritikan. Dan kritikan itu sangat perit untuk didengari. Tapi , berani dan buka hati kita. Sentiasa berdoa kepada Tuhan. Dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan itu. Insyahallah. 😃
No comments:
Post a Comment