Thursday 27 March 2014

Perikemanusiaan sebagai ibu bapa..

Hujan turun sedikit demi sedikit..
Pasar malam pada hari Rabu , masih lagi ada yang berkunjung ke gerai - gerai 
untuk membeli makanan dan barangan..
Tiba-tiba , 
Mata ku tertarik dengan kelibat dua pasangan , 
Sang suami mendukung anak bongsu lelaki , umur lebih kurang 3 tahun..
Sang isteri memegang payung , bersamanya , dua orang anak kecil , 
kakak sulung dan adik lelaki ke-dua..
Perlahan-lahan dua kanak-kanak itu datang ke gerai kepunyaan keluarga ku..
Tanpa ibu bapa mereka ..... 
Pada ketika itu , ibu bapanya sedang sibuk memilih makanan di gerai berhadapan dengan gerai ku ,
Kanak-kanak itu memanggil ibu bapa mereka , dengan harapan dapat menarik perhatian ibu bapa mereka ,
Tapi , harapan mereka jatuh meleset , 
Ku perhatikan keluarga ini , aku melihat ibu bapa kepada kanak - kanak itu tidak mengendahkan 
mereka , malah ibu bapa itu sepertinya tidak menganggap kewujudan anak-anak itu , 
Alangkah geramnya aku ...
Sebaik sahaja selesai jual beli antara ibu bapa itu dan peniaga itu ,
Pasangan itu berjalan ke-arah gerai ku , lalu sang suami itu menyuruh kanak-kanak itu pergi ke seberang jalan yang sibuk dengan kenderaan pada masa itu...
Tanpa ibu bapa , kanak-kanak perempuan itu mebawa adiknya melintas jalan besar dengan berhati hati.
Pada ketika itu  diri ku dan angah ku berasa amat ragu-ragu , 
ibu bapa mereka langsung tidak menoleh atau membimbing anak kecil itu...
Mereka sibuk memilih makanan di gerai ku....
Selepas siap berjual beli dengan pasangan itu , sang suami membawa sang isteri melintas jalan sambil mendukung anak bongsu "mereka"
Pada ketika itu , aku menjenguk ke seberang jalan , masyahallah , ibu bapa kanak kanak itu sudah berjalan menuju ke kereta , kira -kita 500 meter dari tempat kanak-kanak itu berteduh..
Ya ALLAH , hati kecil ku terdetik 
" dimanakah letaknya 'perikemanusiaan mereka sebagai ibu bapa kepada kaak-kanak itu , alangkah lalai leka nya , apakah ini ibu bapa sebenar kepada kanak kanak itu , mengapa mereka mengabaikan anak-anak itu dan hanya menberi perhatian kepada anak bongsu itu sahaja..., kanak kanak itu tidak mempunyai perasaan ke jika ibu bapa melayan mereka sedemikian..??? Ya Allah "
Tak lama selepas itu , bapa kanak kanak itu datang dan menjemput kanak kanak itu dengan membawa sekaki payung , raut wajah sang bapa tidak ada langsung tercoret wajah yang risau..

Disini Syah ingin menekankan , 
walaupun mereka hanya kanak -kanak , tapi perasaan mereka, jiwa mereka lebih sensitive dari orang dewasa... jadi , suatu masa jika mereka menderhaka ibu bapa mereka , jangan salahkan mereka jika anda sebagai ibu bapa tidak memainkan peranan sebagai ibu bapa yang sepenunya.... Guide them , sepenuhnya...
Ingat lah... Assaalmmualaikum..

CREATIVE WRITING TSLB 3252

  Non-Fiction (Diary) Dear Diary, Things have been very tough lately. Battling with missing and home sick feelings, I try to shoo it awa...