Thursday 5 January 2017

Belajar dalam aliran yang tidak diminati.

Tahun baharu 2017 telahpun bermula. Kepada adik2 PT3 yang memperolehi keputusan cemerlang , congratulation. Dan kepada adik2 yang dapat keputusan yang lari daripada expectation , jangan sedih-sedih. Kalau you expect nak masuk kelas sains , tiba-tiba result dapat teruk , dan tak berjaya melayakkan diri anda untuk ke kelas sains or kelas yang dihajati , di sini ada beberapa tips ,

1.Jenguk peluang
*Lazimnya kalau masih lagi awal-awal musim persekolahan , akan ada pelajar berpindah sama ada pergi ke MRSM , sekolah sains dan sebagainya. Jadi akan ada kekosongan di situ , pihak sekolah akan tawarkan kepada pelajar kelas lain untuk mengisi kekosongan itu. Jangan rungsing. Kalau ada rezeki , insyahallah.

*Anda boleh buat rayuan kepada pihak sekolah atau kepada GPK HEM. For sure benda ni kena ada surat ibu bapa semua. Sebelum anda membuat rayuan , fikir sejenak adakah anda pasti nak masuk aliran tersebut? Kerana , semasa anda membuat rayuan , anda kena yakin. Bila bercakap / berunding dengan cikgu , you guys kena nampak yakin dan biasanya , cikgu akan minta jaminan. Adakah anda akan buat yang terbaik ? Ada sekolah yang GPK HEM dia tak kisah , nak tukar aliran boleh , pastikan result ok , kalau tak , you guys kena prepare jiwa dan raga , kena perli depan perhimpunan.

2.Motivasikan diri.
*Mesti korang start rasa hampa , lepu... Lagi-lagi jenis yang minat LK or BIO , tapi kena masuk kelas akaun. So, perasaan macam malas gila nak pergi sekolah. Asal ada waktu akaun je , nak ponteng. Jangan macam tu. Yakinkan diri tu untuk bersandar pada ALLAH sepenuhnya. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik buat hambanya. Kalau betul tak tahu juga macam mana nak mempositifkan diri , sini ada satu trick. Minat BIO , tapi kena belajar ACC , well keep going dengan minat mencintai bio , dalam masa sama , belajar akaun. Stedylah. Jadikan bio itu sebagai ilmu sampingan.

*Nak masuk kelas sastera tapi kena masuk kelas LK/Sains ? Ada dikalangan pelajar nak masuk kelas sastera and sewaktu dengannya sebab takut tak boleh fight dengan budak pandai . Ada pula memang minat sastera tapi dah kena aturkan masuk kalas sains. Jangan takut. Dalam satu masa , we can be 2 in 1. Semaikan dalam diri untuk belajar lebih sikit. Its okey , korang boleh ambil subjek tambahan. Jangan rasa , kalau ambil subjek tambahan ni , result kena top baru boleh ambil and so on.

Let me pecahkan rahsia sendiri.Saya jenis yang tak boleh nak stress sangat. Nanti I gonna spoil all the effort that I had done. So , saya kelas sains. Sedia maklum , budak melayu yang pandai2 semua dah pergi sekolah sains. Tinggal yang budak melayu yang sederhana tapi , ada jugalah yang pandai . Dalam kelas tu pula , student chinese memang otak pandai. Every time dapat result , saya dikira sedarhana. So , I just belajar dalam keadaan relax , dalam masa yang sama , saya dapat tekanan daripada result yang baik2, but I still let myself relax. Sampai F5 , alhamdulilah saya dapat pecut. Setiap kali nak exam , 2 minggu sebelum paper , saya hafal buku and buat latihan yang mana sempat.Saya pun ada ambil subjek tambahan seni and bahasa cina. Kalau result korang tak molek , usaha lagi.... Mesti boleh

*But korang kalau jenis yang tak boleh stress2 , boleh guna trick ni.

Lagi satu , sentiasa dekat dengan Allah , banyakkan berdoa agar Dia berikan kita yang terbaik sentiasa. Dan kalau ada ambil subjek tambahan, jangan ajar diri untuk berkata “ aku ada ambil 1 or 2 subjek lebih dari diaorang , ok lah kalau result sederhana.” Please , jangan ajar diri cakap macam itu. Kalau korang kurang usaha , result korang akan lagi kebawah dari orang lain. Tapi , kalau korang usaha lebih , insyahalah result korang akan lebih baik / sama level dengan budak yang result ok ok belaka. Dan the good news is , itu adalah bonus buat diri korang.

3.Kentalkan diri
*Try untuk push diri belajar. Memang kadang kala kita kena tegas sikit dengan diri kita.Cuba untuk kenali subjek itu. Kalau korang sesuai , rasa boleh ikut , why not you keep it up. Kalau rasa tak boleh , drop subjek tu , kalau korang rasa dia agak membebankan. Tapi my advice is , untuk first year korang belajar subjek itu , masih tak boleh hadam , drop je. Ataupun korang rasa sayang nak drop , doa kepada Allah , minta Allah bukakan pintu hati korang dalam belajar subjek itu. Allah akan tolong. Percayalah.

-
-
*Kalau ada apa-apa pertanyaan , boleh e-mail me or drop your comment below.

CREATIVE WRITING TSLB 3252

  Non-Fiction (Diary) Dear Diary, Things have been very tough lately. Battling with missing and home sick feelings, I try to shoo it awa...