Assalammualaikum , dan selamat berpuasa juga kepada umat Islam yang saya kasihi. Hari ini sudah masuk 9 Ramadan. Dan agak lambat juga untuk saya update pengalaman saya sewaktu temu duga di Institut Perguruan Batu Pahat , IPGTHO (Tun Hussien Onn).
Untuk first IV , UKCG , ujian kecergasan fizikal , saya pun dapat dekat IPGTHO. So , alhamdulilah dapat dekat tempat yang sama.
1 . Semasa temu duga , kita dikehendaki memakai pakaian yang kemas dan berkasut hitam. Dekat sini saya nak mention , kalau untuk adik-adik yang akan datang dapat pergi or dapat lepas ke temu duga yang kedua ni ,
2 . Sila memakai baju kurung dan kasut hitam bertumit sama ada tertutup atau yang macam biasa dengan stokin hitam sekali. Untuk wanita. Even dalam surat dia kata berpakaian kemas , you guys still have to take a note. Dengan sebab ini je , dia pun boleh singkirkan nama kita.
3 . Muka kalau boleh apply make up sikit supaya nampak segar muka dan tak terlalu kusam. Sekadar make up yang ringan-ringan , tak perlu make up sampai tebal-tebal. Tiada keperluan di situ.
4 . Jangan terlalu mengelabah dan dengar arahan daripada penel semasa ceramah diberikan sebelum sesi temu duga dimulakan. Kalau dia cakap tunggu dekat pusat sumber , tunggu je ! Nak mereput ke , mereputlah dalam pusat sumber tu. Kalau memang dah tak tahan nak terkucil , please , please inform kawan sebelah.
Itu tips awal yang saya nak ingatkan ! Sangat-sangat penting ! Sebab saya tertinggal sesi temu duga. Dan lagi satu , ingat bilik mana yang akan kamu pergi semasa di temu duga dan sesi apa ! Ini sangat penting.
Ceramah bermula pukul 8 pagi dan dia ada mention *sila tiba 30 minit sebelum waktu yang diberikan* so , ikut arahan itu. Saya akan ditemu duga pada pukul 12 tengahari sebab saya sesi 3. waktu itu , ada bilik A , B , C , D , dan E. Saya masuk ke bilik E. Dan bagi saya , menunggu panggilan dan menunggu dipanggil itu lah saat yang paling-paling lama dalam hidup saya. Dan kesilapan saya juga. Sebab selepas sesi ceramah itu , jam menunjukkan pukul 8 45 pagi. So , kebetulan , saya tertinggal handphone saya dekat kereta ayah , dan ayah entah kemana. So , saya terpaksa pinjam telefon dengan sekumpulan pak cik yang sedang menunggu anak-anak mereka. Terima kasih pak cik.
Bila ayah sampai , saya told my mom yang temu duga saya berlangsung pada pukul 12 tengahari dan saya dikehendaki ada di bilik temu duga pada pukul 11 50 pagi. 10 minit awal. Yes ! Saya pergi keluar , cari makan sampai ke pekan then pukul 10 lebih dekat pukul 11 saya pulang kembali. Niat saya memang lepas pergi tandas nak terus ke pusat sumber menunggu turn , tapi mana tahu saya boleh buat u-Turn pergi dekat sebuah pondok , berborak-borak dengan dua orang mak cik ni. Kebetulan dekat sebelah mak cik dari Sungai Balang ni , ada anak perempuan dia.
Rupa-rupanya , anak dia juga dapat sama bilik , sama sesi dan sama waktu dengan saya. So , kami pun sementara nak tunggu pukul 11 30 pagi , kami berborak-borak. Bila tengok dah pukul 11 30 gitu , kami bertolak naik pergi bilik E. Sebelum itu , saya minta Suriati tunggu sebab nak pergi tandas. The moment saya keluar tandas , Suriati cakap , "Weh , dia kata sesi dah tamat lah.... semua orang dah balik." So , saya pun macam , "seriously ?" Aduhaiii...... Saya tanya budak yang Suriati tanya tu , dan dia cakap "Ha.ah , tapi korang cuba tengok-tengok , penel dia masih ada kalau tak silap.". So , after thanked her , saya dan Suriati bergegas pergi bilik E. Hhaha..... kitaorang beranikan diri ketuk pintu bilik dan face to face dengan panel tu. Kita orang siap kena marah. Tapi memang sebab kesilapan kitaorang , so Syah diam. Meanwhile Suriati yang memerah air liur jawab dekat penel tu. Thanks , Su.
Finally , panel tu cakap ada 8 orang tadi , yang tak ada masa temu duga. So , panel A ni tanya dekat panel B , nak buat sekarang ke atau tunggu kesemua lapan orang tu tiba ? Then dengan muka berharap , kitaorang still kena marah beberapa kali. Tapi tak apa..... demi perjuangan IPG. Then tunggu punya tunggu , kitaorang kena tunggu sampai pukul 2. Meanwhile 2 orang panel tu pergi makan. So dari pukul 11 40 tu , kitaorang tunggu sampai pukul 2 ! Serius ! Time tu , nak pergi surau solat pun macam teragak-agak. Takut tiba-tiba penel tu muncul , kitaorang pula tak ada. So , kitaorang memang mereputtttt gila lah nak tunggukan pukul 2.
Tunggu punya tunggu. Dah pukul 1 45 petang. Tengok-tengok , tak ada pun orang naik atas , bilik E. So , Su and I expect maybe they still waiting at the library. Sebab pukul dua ni untuk budak sesi 4. Then bila sampai depan library , kitaorang bertembung dengan mak Suriati. Kitaorang pun ceritalah perkara sebenar. Mak Suriati pun mengucap panjang tengok kitaorang. Then Su toleh sebelah tempat duduk dekat area kiri , ada seorang budak perempuan ni. Su cakap dekat saya , "berani tak ?". So saya pun pelik , "Nak tanya apa ?" . Su cakap , cuba kita tanya dia , dia sesi apa ? Saya dengan Su pergilah jumpa dia. Saya tanya dia , awak sesi berapa , bilik apa semua tu. So , dia cakap sesi 4 , bilik E...... Saya pun macam , erkkkk.... sesi 4 belum berlansung kot , then we walked into the library and met the lecture , maybe ? kitaorang pun tanya pasal panel tu ada datang ke sini tak dan semua tu. So , saya dengan Su cerita dekat dia apa yang terjadi tadi dan arahan panel tu kepada kitaorang. Meanwhile Farisha still in her curiousity. So , pensyarah tu cakap , sesi 4 pun dah habis. Terkesima sekejap saya dan Su .
Farisha masa tu yang tak tahu apa-apa dari awal , lagi terkejut gila macam kita orang mula-mula tahu sesi dah terlepas. So , Farisah tanya , kenapa..... Saya cakap , nanti saya ceritakan. Finally , pensyarah tu cakap , " ok you guys pergi bilik E tunggu je diaorang. Kalau tak ada , nanti awak datang balik cari saya. Masa tu saya tengok jam almost pukul 2. So , kitaorang risau gila. Tugas menceritakan semula apa yang berlaku , saya serahkan pada Su . Naik atas tengok , panel tak ada lagi. Fuhh..... lega kot. Sementara tunggu panel tu , kitaorang bual-bual. Rupanya Farisha tertidur dekat surau. Beberapa minit kemudian , ada seorang lagi datang. Nama dia Cha , orang asli berpakaian baju kurung merah. So , kita orang memang berbual je , sesi suai kenal gitu. Tunggu- tunggu , panel tu tak datang juga. Pensyarah yang kitaorang jumpa dekat library dia datang jenguk kitaorang , tanya panel tak datang lagi ? Kitaorang geleng jelah. Lepas tu ada lagi panel berkulit hitam manis , lelaki , naik jenguk-jenguk dalam bilik tu. Tengok panel agaknya.
Finally , Alhamdulilah , datang juga penel. Lepas tanda tangan kehadiran , kitaorang dipanggil masuk. File dan borang semua tu diserahkan. Dan bermulalah sesi temu duga. Sebelum itu , dia ada berikan satu sticker yang panel tu tuliskan nama kita. Lepas tu , ikut arahan dia , suruh tampal dekat belah kiri or kanan pakaian.
First thing yang dia pinta ialah , kenalkan diri awak. Then masing masing diberi giliran kenalkan diri.
So , sampai giliran saya , saya cakap nama , adik beradik dan parents kerja apa. Lepas tu bila dah tak tahu nak cakap apa lagi , saya pun cakap , saya masuk sekolah menengah kebangsaan bila tingkatan 3. Sebelum itu saya bersekolah di Chung Hwa High School , semasa di tingkatan 1 dan 2. So , panel tu quite impress dan panel B tu ambil borang butiran diri saya while panel A tu tanya saya selanjutnya. Dan , mereka suruh saya tulis dalam Bahasa Cina dekat sebuah whiteboard. Saya pun tulislah , 我的名字叫韩妮诗。Panel tu tanya , tulis apa tu ? Saya pun jawab , nama saya.
Then diaorang pelik . Kenapa nama awak panjang sangat ? So saya pun terangkan satu persatu. Diaorang pun faham. Sebelum duduk kembali , mereka suruh saya menyanyi lagu cina. Saya pun macam huh ? nak nyanyi lagu apa ni ? Agak panel tu dapat baca , riak muka saya , so panel B pun kata lagu kanak-kanak. Time tu , teringat dekat cikgu Hasbullah , dia ada pesan , kalau panel suruh kau nyanyi , kau nyanyi je. So dengan tergagap-gagap , nyanyi juga lagu bintang-bintang di langit versi bahasa cina. Saya just ingat 2 rangkap , so bedal jelah....
TIPS !! kalau nak panel tu lebih ambil perhatian dekat kita , kenalkan diri kita secara spontan dan ingat beritahu mereka kelebihan kita. For example macam tadi.... Even korang minta SK sebagai pilihan , tapi kalau korang tahu bahasa cina or bahasa tamil even tak bersekolah sampai habis / belajar sendiri , korang boleh beritahu. No problem. Malahan itulah yang sebaiknya.
Habislah sesi kenalkan diri. Then sampai sesi bertanya pasal hasrat kita. Mengapa kita hendak menjadi guru. Jawablah sejujurnya. Andai tak nak jadi guru , tapi parents suruh , you still have to berikan jawapan yang terbaik kenapa korang nak jadi cikgu. Jujur saya katakan. Actually , saya memang tak ada aim nak jadi cikgu. Tambahan , masa tu saya dapat tawaran diploma pentadbiran awam dekat uitm seremban. So , saya give up dan tak pergi even minat. Mula-mula memang nak pergi , tapi fikirkan kos semua tu , saya memang tak suka nak bebankan parents. So , I give up ! I apply form 6 sebagai back up plan. Korang yang buntu gila , boleh buat macam cara saya. Insyahallah , Allah tahu niat kita nak ringankan beban mak bapa. Allah akan berikan yang terbaik.
Tapi Alhamdulilah , Allah bantu saya masa menjawab soalan ni. Dan juga soala seterusnya. Alhamdulilah , syukur sangat-sangat.....
Then habis sesi menyatakan hasrat tu , kita sampai ke sesi merebut untuk menjawab soalan. Time tu , kitaorang ditanya pasal , "Bagaimana guru boleh dikatakan sebagai agen "Guru Pembina Negara Bangsa"" berkaitan dengan slogan hari guru tahun ni juga. So , masing-masing tengah fikir nak jawab apa , panel tu pula pancing , kalau siapa angkat tangan dulu , markah lain-lain. So , saya toleh kiri kanan , tak ada yang nak angkat , saya pun angkat , lepas tu disusuli Farisha. Masa saya jawab , jujur saya tak ada jawapan ! So , masa saya cakap apa yang terlintas tu , saya risau sangat sebab takut tak menjawab persoalan. Finally , Cha bila menyatakan hujah dia , dia memetik hujah saya sekali. Dia mengia kan hujah saya. Lega sikit , ada yang setuju dengan hujah saya.
Done that sesi , berganjak ke sesi perbincangan. Kitaorang diberikan kertas soalan. Dalam kertas tu , memang soalan KBAT.... memang otak kena perahhhhh habisan. Kitaorang dapat soalan berkaitan gangsterism. Dan sebagai rakan pembimbing sebaya , kena buat satu kempen untuk membantu menangani masalah ni. Bawah kertas tu nanti dia ada beri satu lagi nota tambahan. So dalam perbincangan ni , saya nak tekankan sangat-sangat , please kerjasama dengan kawan-kawan. dan dengar pendapat orang lain juga. Dan suara juga kena lantang even dalam group work.
Finally , akan ada persoalan terakhir selepas perbincangan itu berakhir. Macam saya , kitaorang dapat soalan yang lain-lain. Mula mula Su disuruh buat rumusan pasal perbincangan dan bahan maklumat yang kita orang dah tulis dekat papan putih tu. Then saya dapat soalan pasal gangsterism dalam kalangan pelajar cina dan macam mana saya nak handle. *Saya meminta mengajar di SJK(C)* so soalan yang dia tanya pun berkaitan denga tempat yang kita minta untuk mengajar. Penting untuk fikir. Cha pula dapat soalan macam mana nak cope with keganasan gangster dekat sekolah pedalaman. Gitulah kalau saya tak silap. Dan Farisha dapat soalan gangsterism berkaitan apa saya tak ingat sangat. Tapi panel tu ada mention , Pasir Gudang. Sebab Farisha ni dia budak Pasir Gudang , so panel tu pun petik Pasir Gudang.
Dan itulah untuk yang terakhir. Fuhh... penat taip.....
1 . Tapi untuk setiap soalan yang akan dia tanya , mostly melibatkan slogan hari guru , masalah dan isu semasa. Wajib ambil tahu.
2 . Dan lagi satu nak diingatkan , IC , Surat Beranak yang ori tu jangan lupa bawa....
3 . Dan kalau boleh buat resume dan rumusan bagi sijil yang kita ada.
Time saya , sijil-sijil kitaorang panel tu tak sentuh. Tapi saya rasa lagi baik sebab bila kitaorang bercakap , perhatian panel tu tak teralih. Perhatian panel terhadap kita yang bercakap pun lagi penuh. Menjadikan kita rasa lebih yakin. Tapi sijil korang macam mana pun tetap kena kemas kini.
Akhir kalam , kalau ada apa-apa nak tanya , please e-mail me :: missteddy_85@hotmail.com
"Andai kamu perolehi apa yang kamu hajati , maka berbahagialah kamu dengan nikmat itu ; Andai kamu tidak memperolehi apa yang kamu hajati , maka bersyukurlah kamu dengan nikmat itu ; nescaya Allah tahu apa yang terbaik buat hambanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CREATIVE WRITING TSLB 3252
Non-Fiction (Diary) Dear Diary, Things have been very tough lately. Battling with missing and home sick feelings, I try to shoo it awa...
-
Assalammualaikum , dan selamat berpuasa juga kepada umat Islam yang saya kasihi. Hari ini sudah masuk 9 Ramadan. Dan agak lambat juga untuk ...
-
Fiction (Short Story) Opportunity That morning, the blazing sun strokes its heat on my head and the skin. I can feel my sweat g...
-
Hai Assalammualaikum dan salam sejahtera, Kali ini Syah semptkan sedikit untuk menceritakan mengenai pengalaman temu duga untuk IPG Syah ka...
No comments:
Post a Comment