Thursday, 4 June 2015

Cerpen Pelangi Laiyinah



     “Bolehlah mama , Irah nak tukar phone baru , Irah tak nak phone ni lagi !” puas aku merayu ibuku supaya membelikan aku telefon bimbit baharu , namun ibuku hanya membantah setiap apa yang aku tuturkan kepada ibu pada waktu itu. Bukan pada waktu itu sahaja , namun setiap kali apabila aku meminta yang bukan keperluan . 
      
     Hati ramaja , ikutkan hati sahaja lebih , tambah pula ibu bapaku mempunyai kemewahan dan aku ialah satu-satunya anak tunggal mereka. Mungkin ada kala permintaan aku sungguh tidak masuk akal , acap kali permintaan aku ditolak , pastinya aku akan bermasam muka apabila berdepan dengan ibu ayahku.Sedar tak sedar , aku telah menyakiti dan menusuk kalbu seseorang yang bergelar ibu dan ayah. Kadang kala , apabila ibu meminta tolong daripada ku , aku hanya menjawab , “ Nantilah mama , itulah , inilah .” Sedetik pun aku tak pernah memikirkan hati mereka.
  
     Apabila mereka terlewat sedikit menjemput ku dari sekolah , aku merunggut dan merunggut. Itulah aku , hanya mementingkan diri sendiri.

  Namun sesuatu telah menyedarkanku dari lamunan kehidupanku . Selama ini aku menganggap ibu ayahku kedekutkan kemewahan mereka , jika ada terkurang sedikit , pasti aku akan menyakiti hati mereka .Tapi pada hari itu , aku tersedar aku  silap sama sekali.Aku silap!

     “ Irah , jomlah pergi program rumah anak yatim , terhad 5 orang sahaja , saya nak sangat pergi , jomlah !” sahabatku , Dina mengekori kemana sahaja aku pergi , demi mendapatkan persetujuan supaya aku menemaninya ke Program rumah anak yatim itu . 

     “ Tak....... Nak...... Wahai sahabatku Dina Munawarah . Tiga minggu Dina , bukan tiga hari . Carilah orang lain .”seboleh tidak aku menolak .Namun , seboleh tidak dia mendesak ku. Dan akhirnya ,aku mengalah jua. Mungkin padanya , ada hikmah disebalik desakkan Dina.

      Hari ini merupakan hari pertama buatku di Teratak Al-Amin. Selepas bersolat Zuhur bersama-sama dengan kawan-kawan baru ku ,seorang kanak-kanak perempuan , kelihatan seperti berusia lima tahun , lantas melipat telekungnya , lalu berlari kearah pintu keluar . Penghuni di teratak itu kelihatan seperti biasa sahaja dengan perlakuan kanak-kanak itu.

      “Ah , nak pergi tandas kot.” detik hati kecilku . Aku terus melipat telekung ku dan keluar dari surau. Kelihatan kelibat kanak-kanak yang keluar dari surau itu tadi duduk di buaian. Bermain-main dengan jari jemari halusnya.“Budak kecil , ada buaian excited lah tu .”aku berkata-kata didalam hati semula. 

       Sebenarnya jujur aku katakan , kanak-kanak itu membuatkan sifat ingin tahuku semakin menbuak-buak. Setiap kali selepas solat Zuhur , perkara sama dilakukan oleh kanak -kanak itu. Dan yang peliknya , dia akan berkelakuan seperti ini selepas waktu Zuhur sahaja. Hampir seminggu aku berada disini , aku perlihatkan perkara yang sama sahaja.

     

       “Mak cik , budak kecil yang selalu lari pergi buaian lepas zuhur tu siapa cik ?” aku bertanyakan kepada Mak Cik Tun .
    
       “ Oh , maksud kamu Laiyinah ? Dia memang macam tu . Kalau Irah ada masa , Irah tegurlah dia. Dia budak baik .” Mak Cik Tun  menoleh kearah ku seraya mengukirkan senyuman kepadaku. 

         Pada minggu kedua aku berada di sana , aku mengambil keputusan untuk menegur adik itu selepas solat Zuhur. Dengan berhati-hati aku menyusun langkah , dedaunan yang kering ku pijak mengeluarkan bunyi. Lantas Laiyinah menoleh ke arah ku dan menghulurkanku senyuman . Tanpa rasa asing , Laiyinah mengajak ku duduk bersamanya.
  
         “ Laiyinah selalu ke duduk dekat buaian ni ?” aku memulakan bicara , kekadang aku pelik dengan sifat Laiyinah , dia kelihatan ceria selalu , tidak seperti aku , sentiasa penuh dengan runggutan.

         “ Ha.ah , Laiyinah tunggu pelangi datang.” 

Aku mengerutkan dahi ku , mendongak kearah langit biru , kelihatan tiada tanda - tanda akan hujan. “Laiyinah , pelangi hanya keluar selepas hujan bukan ?” 

        “ Mama Laiyinah kata , pelangi datang kalau mama Laiyinah datang.” Laiyinah memandangku , ku perhatikan , bibir kemerahan anak kecil ini menjadi pucat . Aku agak gelisah melihat keadaan Laiyinah , aku mengajak Laiyinah masuk , namun dia menolak. Katanya , 

       “ Kejap lagi pelangi mesti datang , Laiyinah nak tunggu sekejap lagi.” 

       Kali ini , Laiyinah benar-benar buat ku rasa takut , Laiyinah pengsan secara tiba-tiba. 

       “ Mak Cik Tun , Laiyinah pengsan , hidung dia berdarah. Mak Cik !!” tubuh kecil yang kelihatan layu , berada dalam pelukkan ku . Aku menjerit dari perkarangan teratak itu . 


         
     Tanggal 1 September , hari terakhir aku menetap disitu , suasana sayu menyelubungi Teratak Al-Amin . Sekujur tubuh kecil terbaring kaku di tengah halaman ruang tamu. Aku tak menyangka perkara ini akan berlaku.Selepas seminggu Laiyinah ditahan di wad ICU , akhirnya , denyutan nadinya terhenti dan tamatlah penantian pelangi Laiyinah.

      “Mak cik Tun , Laiyinah ada sakit apa Mak cik Tun ? Kenapa dia asyik duduk di buaian Mak cik Tun ?” 

       “Doktor kata Laiyinah tak boleh hidup lama lagi , dia menghidap barah otak. Sebenarnya arwah ibu bapa Laiyinah meninggal dunia tahun lepas , sebab kemalangan jalan raya sewaktu hendak menjemput Laiyinah dari taska . Pernah juga Mak cik tanya dia kenapa dia tunggu pelangi. Laiyinah beritahu mak cik , mama dia kata , pelangi akan datang kalau Laiyinah sabar menunggu kedatangan ibu bapanya . Itulah kata - kata terakhir arwah ibu bapa Laiyinah kepada dia sebelummeninggal dunia. Seminggu selepas ibu bapa Laiyinah meninggal , Laiyinah dihantar ke Teratak Al-Amin ini. Hari-hari , Laiyinah duduk dekat buaian selepas solat Zuhur . Bila dipujuknya masuk , dia kata nanti pelangi datang bawa Laiyinah. ”


       Selepas segalanya selesai , kami pulang. Aku termenung dalam perjalanan pulang dari Teratak Al-Amin. 

      “Bersyukur aku mempunyai ibu bapa , tapi aku masih tak bersyukur , andai ada yang terkurang sedikit , aku merunggut sedangkan apa yang diberikan ibu ayah ku lengkap dan tiada terkurangnya. Jika ibu ayah lambat menjemputku dari sekolah , walaupun hanya beberapa minit , aku juga merunggut. Laiyinah telah menyadarkan aku , Allah telah membuka pintu hati ku . Rupa-rupanya selama ini aku seorang yang tak bersyukur. Ya Allah....
    

      Setiap hari , Laiyinah menunggu sesuatu yang tak mungkin berlaku , namun dia pernah tidak merunggut sama sekali . Aku malu dengan diri aku , aku langsung tidak menghargai pengorbanan ibu ayahku setiap saat . Walaupun Laiyinah sudah kehilangan ibu bapa , Laiyinah tetap ceria dan percaya kehadiran ibu bapanya akan menjemputnya suatu hari nanti . 

        “Laiyinah , tenanglah disana , pelangi yang selama ini Laiyinah tunggu , akhirnya datang menjemput Laiyinah jua .” Al-Fatihah.      

Saturday, 7 June 2014

Remaja dan cinta

Assalammualaikum , 
Pasti  ramai insan bergelar remaja ingin bercinta dan punyai teman berlainan jantina , disini , Syah ingin membincangkan soal remaja dan cinta
Sebelum ni Syah pun ada post yang hampir sama juga tapi kali ni Syah nak kongsikan sesuatu yang lebih bermananfaat buat pembaca semua ..... Enjoy ..

"Hmmm.... kenapa jantung ku berdengup semacam ye ? " 
Remaja sering merasakan perasaan sebegini , kadang kala sampai tak berani nak padang orang yang kita suka , itu semua normal , seperti article yang Syah post kan sebelum ni
" Cinta Diusia Remaja  "

" Aku suka dia , aku inginkan dia menjadi peneman hidupku .. Bercouple tak salah , so apa salahnya , kalau dah jodoh  "
Mesti ramai yang pernah berkata sedemikian di usia belasan tahun , tapi kebanyakkannya kaum adam.Pemikiran lelaki kurang matang berbanding wanita di usia sebaya , lebih lebih lagi ketika kita di alam persekolahan menengah , kita banyak perhatikan remaja ialah golongan yang paling banyak terjerumus ke dalam lembah kehinaan . Punca-nya dari perbuatan bercouple ,
Ketika kita mabuk bercinta , semua perkara kita turutkan , termasuklah perkara yang menyalahi akidah , seperti seks bebas , clubbing , lari rumah , melepak with budak motor dan sebagainya ..

" Bercouple cara islam ? "
Bagaimana yang dikatakan bercouple cara islam ? Pernah tak korang nampak perbuatan bercouple ni bertiga atau berempat orang , tak kan ...Perhatikan hadis ini ,
“Tidak diperbolehkan seorang laki dan seorang perempuan berdua’an, karana yang ketiganya adalah setan”
Tak kisah la , bercouple cara islam ke apa , bagi Syah , itu tetap   tak boleh .

 Mungkin article ini bersifat mengkritik tapi , Syah minta maaf jika ada yang terasa , tapi sila teruskan pembacaan anda..
Kesilapan remaja yang sering dilakukan ,

- Terlalu mengikut perasaan 
 "Hello , awak , saya nak lari rumah .... mak asyik marah saya , lagipun saya dah bosan duduk rumah.. Jemput saya okey , malam ni "
Perhatikan , ramaja lari rumah , banyak yang dibawa atau disuruh membawa individu yang digelar " peneman hidup sejati mereka , Dimarahi oleh ibu bapa ? Siapa yang suka , tapi percayalah , mereka bukan memarahi tapi menegur , Remaja tersebut terlalu mengikutkan perasaannya , sampai melakukan perbuatan nekad sedemikian , Kebanyakkan remaja lari rumah bersama teman akan mendapat padah tanpa mereka sedari.... Kes remaja lari rumah , punca utama ialah " bercouple "
Nasihat: Terlalu marah , think positive , nanti 10 tahun akan datang , belum tentu kita dapat mendengar suara mereka , jika terlalu marah , berwudhuk la , insyahallah itu akan memadamkan api kemarahan


- Terlalu obses
"Beb , semalam boy aku ajak aku makan , dia belanja beb  tu lah kau rugi , bercinta like syurga remaja , rugi kau tak nak merasa bercinta " 
                                                                         ~ OR ~
" Kau tahu tak , dia sms aku cakap dia akan jadi peneman hidup aku , oh mai goott melting aku "

Melihat orang disekeliling kita punyai pasangan masing-masing , cemburu dan ingin dilayan seperti perbualan diatas , dibelanja pasangan , diberi kata-kata pemanis , itu kerana  terlalu obses dengan cerita yang kawan cerita kan . Ataupun terlalu obses dengan cerita cinta di media massa , perkara ini memang berlaku di realiti , cepan mata lagi..
Nasihat :  Relax la ..... we're young okey , study , dah bekerjaya , dah berduit , nak apa , segalanya pasti boleh kita dapatkan asalkan dapat keizinan  Allah, biarlah orang lihat kita kolot tak bercouple di usia ini  ... Keredaan Allah lebih mulia daripada keredaan manusia yang mengajak kita ke arah keburukan ...Insyahallah , jangan risau , sudah termaktub sejak kelahiran kita lagi =') 

 
Jika ? H0w ?
Jika ada lelaki ushar (minta nombor telefon & buat bunyi tikus ) ? 
Minta nombor telefon : Kuat kan iman , kuatkan hati , ingat allah , and say
" minta maaf , saya tak suka orang yang tidak kenali tahu nombor "
Buat bunyi tikus : They just test market only , tundukkan pandangan-mu , teruskan perjalanan .

Jika ada lelaki / wanita mendekati diri ? 
Kebanyakkan orang gemar menggunakan cara ini untuk memikat , apa kata gunakan cara or status berkawan baik ?


Sebenarnya , remaja yang dilamun cinta itu fitrah , semua tahu dan pernah merasai kewujudan rasa & perasaan itu di usia remaja , tapi jika diikutkan perasaan , mungkin mengelakkan diri dari bercouple is better buat masa sekarang ( usia remaja ) , Bercinta , berpasangan itu hak masing-masing , tapi itu pilihan remaja sekalian untuk memilih percintaan kejalan keburukkan  ( Bercouple di usia ini ) atau percintaan yang diredhai Allah ( Bernikah dikala tiba waktunya , usianya dan kemampuannya )

Maksiat menghalang hidayah.

Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi'e yang luarbiasa, beliau (Imam Malik) berkata:
"Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di dalam hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat". ”
Maksiat menyebabkan maksiat lain pula. Seorang ulama berkata bahawa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya.

Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi si pelaku
Orang yang pernah bertaubat kadang-kadang terjebak lagi dengan maksiat. Lalu bertaubat, terasa tiada kesan taubat yang dahulu. Mungkin taubatnya yang lepas seperti tidak diterima oleh Allah SWT. 

Tetapi jika masih mengingati akan dosa serta insaf kembali akan perbuatan maksiat itu bermakna Allah SWT masih sayang lagi kepada kita selepas melakukan maksiat. Oleh kerana itu jauhkan diri dari perkara-perkara yang akan membawa diri kearah kemaksiatan. Jadilah orang-orang yang bertaqwa. Allah  SWT berfirman:
(31) Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan, (32) (yaitu) kebun-kebun dan buah anggur, (33) dan gadis-gadis remaja yang sebaya, (34) dan gelas-gelas yang penuh (berisi minuman). (35) Di dalamnya mereka tidak mendengar perkataan yang sia-sia dan tidak (pula) perkataan dusta. (36) Sebagai pembalasan dari Tuhanmu dan pemberian yang cukup banyak,( Surah An Naba: Ayat 31-36) 
PENAWAR SUPAYA MENJAUHI MAKSIAT



Maksudnya:

Yang Mengampuni dosa dan Menerima taubat lagi keras hukuman-Nya. Yang mempunyai karunia. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Hanya kepada-Nyalah kembali (semua makhluk). 

Lebih elok lagi, doa ini dimulakan dengan Allahumma. Bagi yang sukar meninggalkan maksiat. Walaupun telah bertaubat, amalkan setiap kali selepas solat lima waktu dan sebelum tidur, insyaAllah.


So , sampai disini sahajalah apa yang Syah ingi sampaikan kepada sahabat remaja Syah , semoga bermananfaat , Assalammualaikum... Jika tersalah kata atau terlebih cakap , sebelum itu , ku ingin meminta maaf... =')

Friday, 25 April 2014

" Cinta di usia remaja "

Berbicara soal remaja... Siapa yang tak kenal remaja....
Jika bicaara soal remaja , pasti ku terfikir "percintaan" "belajar" 
Di usia remaja ini lah kita mula mebina kejayaan dan kehidupan sebagai permulaan seorang remaja..
Saya pasti disini ramai remaja yang terjebak dengan percintaan di sekolah , 
kerana di sekolah atau di tempat yang sering kita tuju itu lah tempat yang kita boleh bertemu dengan orang..
Sebenarnya , perkara yang sering remaja bincangkan mengenai soal hati dan perasaan 
itu hanyalah , "Rasa" sahaja.... Di usia ini , mencapai peringkat akil baligh , 
kita lebih cenderung dengan seseorang yang berlainan jantina dengan kita.... Sebenarya , itu ialah " rasa " dan bukan cinta seperti para remaja sering sebut sebutkan ...
 " Rasa " itu akan semakin berkurangan apabila kita semakin dewasa , kerana , kita akan 
memahami sesuatu itu dengan lebih mendalam dan bersifat lebih profesional semasa kita masuk ke alam dewasa... Perasaan cinta di usia remaja ini hanyalah sementara waktu sahaja , kerana sampai suatu tahap , kita akan lebih memandang seseorang melalui peribadi dan kerjaya dia.... 
Ya ! saya mengaku , di usia awal remaja ini , pemikiran kita kurang matang , kita pun tidak memikirkan sesuatu itu dengan lebih mendalam dan teliti...
Saya mengaku memang saya pernah jatuh hati dengan kaum adam di usia 11 tahun . Menipulah kalau cakap tak pernah ada " crush "...
 Tapi , jujur saya katakan , saya ada jatuh hati dengan seorang lelaki ini , tapi 
saya menolak rasa hati , saya sukar nak suka pada mana-mana Adam.... Alhamdulilah
Saya beranggapan perasaan itu hanyalah sementara waktu sahaja dan saya masih memegang status sebagai seorang pelajar , masih banyak lagi pilihan hidup saya.... Jadi saya memberitahu diri saya supaya bercinta dengan Pencipta dahulu sebelum bercinta dengan hambanya....  Saya lebih suka berkawan karib , kerana jika menggunakan status sebagai " kawan karib " atau " berkawan baik " , itu lebih baik , disamping itu , kita boleh mengelakkan "kontroversi" sebagai seorang yang masih belajar .. Sebenarnya ini lebih baik , jika kita bercouple , kemudian putus , hubungan kita dengan seseorang itu pasti renggang , tidak bertegur sapa atau saling menyumpah.... Tapi jika kita berkawan baik , walau apa pun yang terjadi , hubungan kita sebagai seorang kawan baik tidak akan renggang mahupun putus. Siapa kata kita tak boleh memberikan layanan yang baik seperti sweet couple kepada seorang kawan baik , boleh... Mugkin melalui cara itu , kita boleh meng-improve-kan diri dia , sebelum dia bertemu dengan cinta sebenar dia di masa yang akan datang.... Dengan cara itu , sedikit sebanyak kita dapat membantu dia dalam kehidupan dia...Tapi , harga diri , maruah , batas pergaulan harus dijaga....
Ibu sering berkata " Membina kerjaya , mengumpul duit , jadi wanita berkerjaya dan berkebolehan , insyahallah , akan ada pilihan yang terbaik untuk awak...."
Itulah janji Allah terhadap hamba-Nya , jika kita menjadikan diri kita sebagai seorang hamba yang terhebat , terbaik , tidak lupa Nya , tidak riak , pandai dalam semua aspek (senang cakap full package gitu ) , Insyahallah , pasti ada balasan yang setimpal untuk kita ....

Thursday, 3 April 2014

Cara pemakaian zaman sekarang

Diriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al Mu'jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya " Akan datang suatu masa dalam umatku segolong para wanita berpakaian , tapi sebenarnya keadaan mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian .. "


Thursday, 27 March 2014

Perikemanusiaan sebagai ibu bapa..

Hujan turun sedikit demi sedikit..
Pasar malam pada hari Rabu , masih lagi ada yang berkunjung ke gerai - gerai 
untuk membeli makanan dan barangan..
Tiba-tiba , 
Mata ku tertarik dengan kelibat dua pasangan , 
Sang suami mendukung anak bongsu lelaki , umur lebih kurang 3 tahun..
Sang isteri memegang payung , bersamanya , dua orang anak kecil , 
kakak sulung dan adik lelaki ke-dua..
Perlahan-lahan dua kanak-kanak itu datang ke gerai kepunyaan keluarga ku..
Tanpa ibu bapa mereka ..... 
Pada ketika itu , ibu bapanya sedang sibuk memilih makanan di gerai berhadapan dengan gerai ku ,
Kanak-kanak itu memanggil ibu bapa mereka , dengan harapan dapat menarik perhatian ibu bapa mereka ,
Tapi , harapan mereka jatuh meleset , 
Ku perhatikan keluarga ini , aku melihat ibu bapa kepada kanak - kanak itu tidak mengendahkan 
mereka , malah ibu bapa itu sepertinya tidak menganggap kewujudan anak-anak itu , 
Alangkah geramnya aku ...
Sebaik sahaja selesai jual beli antara ibu bapa itu dan peniaga itu ,
Pasangan itu berjalan ke-arah gerai ku , lalu sang suami itu menyuruh kanak-kanak itu pergi ke seberang jalan yang sibuk dengan kenderaan pada masa itu...
Tanpa ibu bapa , kanak-kanak perempuan itu mebawa adiknya melintas jalan besar dengan berhati hati.
Pada ketika itu  diri ku dan angah ku berasa amat ragu-ragu , 
ibu bapa mereka langsung tidak menoleh atau membimbing anak kecil itu...
Mereka sibuk memilih makanan di gerai ku....
Selepas siap berjual beli dengan pasangan itu , sang suami membawa sang isteri melintas jalan sambil mendukung anak bongsu "mereka"
Pada ketika itu , aku menjenguk ke seberang jalan , masyahallah , ibu bapa kanak kanak itu sudah berjalan menuju ke kereta , kira -kita 500 meter dari tempat kanak-kanak itu berteduh..
Ya ALLAH , hati kecil ku terdetik 
" dimanakah letaknya 'perikemanusiaan mereka sebagai ibu bapa kepada kaak-kanak itu , alangkah lalai leka nya , apakah ini ibu bapa sebenar kepada kanak kanak itu , mengapa mereka mengabaikan anak-anak itu dan hanya menberi perhatian kepada anak bongsu itu sahaja..., kanak kanak itu tidak mempunyai perasaan ke jika ibu bapa melayan mereka sedemikian..??? Ya Allah "
Tak lama selepas itu , bapa kanak kanak itu datang dan menjemput kanak kanak itu dengan membawa sekaki payung , raut wajah sang bapa tidak ada langsung tercoret wajah yang risau..

Disini Syah ingin menekankan , 
walaupun mereka hanya kanak -kanak , tapi perasaan mereka, jiwa mereka lebih sensitive dari orang dewasa... jadi , suatu masa jika mereka menderhaka ibu bapa mereka , jangan salahkan mereka jika anda sebagai ibu bapa tidak memainkan peranan sebagai ibu bapa yang sepenunya.... Guide them , sepenuhnya...
Ingat lah... Assaalmmualaikum..

Sunday, 2 February 2014

Bercinta di usia remaja

Pasti ramai remaja yang seusia dengan saya ada crush , dan juga GF or BF right...
Bercinta di usia remaja bagi saya tak penting sangat , tapi mungkin ada segelintir yang rasa mereka
needs someone untuk dengar masaalah mereka , talking to them , wish them " good morning " ,
kan kan kan....

“Cinta itu fitrah manusia tidak ada orang yang mampu menolak untuk jatuh cinta” (maksud yang difahami daripada surah Ali Imran: 14).
bercinta... bagi remaja zaman sekarang , itulah trending.. Tapi siapa yang tak ingin dicintai atau mencintai seseorang...Kadang kala , sewaktu bercinta , kita terlupa akan batas batas pergaulan dalam islam...
Mungkin dari segi positifnya  , jika kita ada GF , BF or crush , kita try untuk menunjukkan diri kita yang terbaik di depan mereka , tak kira dari segi pelajaran , sukan dll. 

Kalau bercinta , kita memang tak lari dari perkataan perkatan ayat yang membuat kita rasa bahagia..
Seperti " saya cinta awak dunia akhirat dan bla bla " right..??
Time tu  kita rasa dunia kita yang punya... haha !! 

CREATIVE WRITING TSLB 3252

  Non-Fiction (Diary) Dear Diary, Things have been very tough lately. Battling with missing and home sick feelings, I try to shoo it awa...