Tahun baharu 2017 telahpun bermula. Kepada adik2 PT3 yang memperolehi keputusan cemerlang , congratulation. Dan kepada adik2 yang dapat keputusan yang lari daripada expectation , jangan sedih-sedih. Kalau you expect nak masuk kelas sains , tiba-tiba result dapat teruk , dan tak berjaya melayakkan diri anda untuk ke kelas sains or kelas yang dihajati , di sini ada beberapa tips ,
1.Jenguk peluang
*Lazimnya kalau masih lagi awal-awal musim persekolahan , akan ada pelajar berpindah sama ada pergi ke MRSM , sekolah sains dan sebagainya. Jadi akan ada kekosongan di situ , pihak sekolah akan tawarkan kepada pelajar kelas lain untuk mengisi kekosongan itu. Jangan rungsing. Kalau ada rezeki , insyahallah.
*Anda boleh buat rayuan kepada pihak sekolah atau kepada GPK HEM. For sure benda ni kena ada surat ibu bapa semua. Sebelum anda membuat rayuan , fikir sejenak adakah anda pasti nak masuk aliran tersebut? Kerana , semasa anda membuat rayuan , anda kena yakin. Bila bercakap / berunding dengan cikgu , you guys kena nampak yakin dan biasanya , cikgu akan minta jaminan. Adakah anda akan buat yang terbaik ? Ada sekolah yang GPK HEM dia tak kisah , nak tukar aliran boleh , pastikan result ok , kalau tak , you guys kena prepare jiwa dan raga , kena perli depan perhimpunan.
2.Motivasikan diri.
*Mesti korang start rasa hampa , lepu... Lagi-lagi jenis yang minat LK or BIO , tapi kena masuk kelas akaun. So, perasaan macam malas gila nak pergi sekolah. Asal ada waktu akaun je , nak ponteng. Jangan macam tu. Yakinkan diri tu untuk bersandar pada ALLAH sepenuhnya. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik buat hambanya. Kalau betul tak tahu juga macam mana nak mempositifkan diri , sini ada satu trick. Minat BIO , tapi kena belajar ACC , well keep going dengan minat mencintai bio , dalam masa sama , belajar akaun. Stedylah. Jadikan bio itu sebagai ilmu sampingan.
*Nak masuk kelas sastera tapi kena masuk kelas LK/Sains ? Ada dikalangan pelajar nak masuk kelas sastera and sewaktu dengannya sebab takut tak boleh fight dengan budak pandai . Ada pula memang minat sastera tapi dah kena aturkan masuk kalas sains. Jangan takut. Dalam satu masa , we can be 2 in 1. Semaikan dalam diri untuk belajar lebih sikit. Its okey , korang boleh ambil subjek tambahan. Jangan rasa , kalau ambil subjek tambahan ni , result kena top baru boleh ambil and so on.
Let me pecahkan rahsia sendiri.Saya jenis yang tak boleh nak stress sangat. Nanti I gonna spoil all the effort that I had done. So , saya kelas sains. Sedia maklum , budak melayu yang pandai2 semua dah pergi sekolah sains. Tinggal yang budak melayu yang sederhana tapi , ada jugalah yang pandai . Dalam kelas tu pula , student chinese memang otak pandai. Every time dapat result , saya dikira sedarhana. So , I just belajar dalam keadaan relax , dalam masa yang sama , saya dapat tekanan daripada result yang baik2, but I still let myself relax. Sampai F5 , alhamdulilah saya dapat pecut. Setiap kali nak exam , 2 minggu sebelum paper , saya hafal buku and buat latihan yang mana sempat.Saya pun ada ambil subjek tambahan seni and bahasa cina. Kalau result korang tak molek , usaha lagi.... Mesti boleh
*But korang kalau jenis yang tak boleh stress2 , boleh guna trick ni.
Lagi satu , sentiasa dekat dengan Allah , banyakkan berdoa agar Dia berikan kita yang terbaik sentiasa. Dan kalau ada ambil subjek tambahan, jangan ajar diri untuk berkata “ aku ada ambil 1 or 2 subjek lebih dari diaorang , ok lah kalau result sederhana.” Please , jangan ajar diri cakap macam itu. Kalau korang kurang usaha , result korang akan lagi kebawah dari orang lain. Tapi , kalau korang usaha lebih , insyahalah result korang akan lebih baik / sama level dengan budak yang result ok ok belaka. Dan the good news is , itu adalah bonus buat diri korang.
3.Kentalkan diri
*Try untuk push diri belajar. Memang kadang kala kita kena tegas sikit dengan diri kita.Cuba untuk kenali subjek itu. Kalau korang sesuai , rasa boleh ikut , why not you keep it up. Kalau rasa tak boleh , drop subjek tu , kalau korang rasa dia agak membebankan. Tapi my advice is , untuk first year korang belajar subjek itu , masih tak boleh hadam , drop je. Ataupun korang rasa sayang nak drop , doa kepada Allah , minta Allah bukakan pintu hati korang dalam belajar subjek itu. Allah akan tolong. Percayalah.
-
-
*Kalau ada apa-apa pertanyaan , boleh e-mail me or drop your comment below.
"Andai kamu perolehi apa yang kamu hajati , maka berbahagialah kamu dengan nikmat itu ; Andai kamu tidak memperolehi apa yang kamu hajati , maka bersyukurlah kamu dengan nikmat itu ; nescaya Allah tahu apa yang terbaik buat hambanya.
Thursday, 5 January 2017
Thursday, 15 December 2016
His Cinta Her Puisi (Part I)
Berjalan , selama 3 tahun aku memerhatikan dia ,
Tak. Bukan dia.
Tetapi hanya kelibat dia.
Tak. Bukan aku.
Hanya lirikan mataku sahaja memerhatikan dia
Di awal 3 tahun ini , aku baru mula berhijrah
Sehinggalah hari ini.
Pernah sekali aku nekad senyum kepadanya.
Dan aku lakukan.
Selepas itu , tiada lagi.
Di awal pertemuan aku dan dia ,
Cuba merapati aku di biarpun balik tabir.
Dia mendekati lagi,
Aku sedaya upaya mengelak.
Dengupan hatiku , pandanganku ,
Akan tetapi bukan lirikan ku.
Semalam hari , dia berjaya meletakkan kata kunci
Kepada setiap pertanyaan ku.
Bukan semua , hanya satu sahaja.
Hari itu , dia masih lagi cuba mendapatkan senyumku.
Namun aku mengelak.
Kata kunci ,
Aku dapat mencari dirimu ,
Namun hanyalah setipis harapan ku.
Dari awal ku ketahui sedikit latar mu.
Kau berada dalam perhubungan bersama miss question mark.
Aku hanya tersenyum di belakang mu.
Tapi aku tertanya-tanya semula ,
Ya Allah , mengapakah kau mengizinkan semua ini ?
Aku masih menantikan jawapan.
"Dia cuba membuat aku tersenyum ,
Aku menolak.
Dia cuba senyum kepada ku ,
Aku memaling.
Dia cuba mengenali ku ,
Aku mengelak.
Dia cuba memanggil ku ,
Aku berdiam diri.
Izinkan aku membiarkan dalam keheningan ini ,
Masih membara kemisterian ,
Mencari-cari siapakah kita masing-masing.
Tujuan mu ?
Tanpa tujuan , aku pasti.
Adanya tujuan , hanya kau sahaja yang mengetahuinya
Adanya jawapan , aku pasti.
Tanpa jawapan , hanya kau sahaja yang mengetahui.
Namun tiada harapan dilepaskan ,
Itu , aku pasti.
Sunday, 4 December 2016
Cerpen pengajaran : Cintai dia , diriku.
Coretan kehidupan
"Saya minta maaf , namun saya harus patah balik juga ." aku berlari membawa tekad yang ku genggam. Biarpun berat..... Aku sanggup.
"Belakang kamu......" Suara jeritan semakin lama semakin jauh , jauh...... Tiba-tiba , langkahku tekadku , lemah longlai , tidak berdaya melakukan apa-apa. Aku rebah , hanya bumi mendakap
Kehidupan aku selepas tamat sekolah menengah , perlahan-lahan berubah seperti bola yang bersilang arah diatas kehijauan rumput padang yang semakin layu dek kepanasan darah mudaku yang membuak-buak. Aku tidak mengenakan hijab , setiap halaian rambutku dibentuk dengan fesyen potongan gaya maskulin. Suatu ketika , aku hilang ciri kewanitaan hanya semata-mata kerana aku putus cinta dengan seorang lelaki. Pada ketika itu , aku telah berputus asa dan tidak ingin ditipu percintaan darah muda. Tindakkanku sungguh bodoh.
Hanya kerana goresan luka daripada seorang Adam , aku hilang iman , identiti . Aku beranggapan bahawa kelakuan seperti seorang lelaki akan menjadikan diriku kelihatan tidak mudah "dibuli" oleh lelaki dan lebih kental. Namun , aku silap.Bukan ahli keluarga tidak menegur , aku sendiri yang tidak mengendahkan mereka dan bukan salah mereka sama sekali , bukan !Kelakuan aku masih berterusan selama beberapa tahun , dan akhirnya ia bertemu penghujung jua.
"Mak Cik , semua sekali berapa ringgit.” mak cik penjual kuih membuat kira-kira , menekan-nekan kalkulator mini . Namun selang beberapa ketika , muka mak cik berubah.
“Alamak...... Adik , tak cakap pun dengan ibu karipap dah nak rentung. Adik tolong ibu ambil duit dari pelanggan , enam ringgit semua sekali.” seorang anak kecil , berpakaian gaun berwarna merah jambu , berlari anak mendapatkan kepingan not berwarna merah dari tanganku. Anak kecil itu sangat comel , tangan kecilnya menghulurkan kepadaku supaya aku meletakkan not tersebut diatas tangannya.
“Ibu..... Dah ! Tapi adik tak reti nak bagi balik berapa.” menyeluk tangan kanan kedalam saku apron , lantas mak cik menghulurkan kepada anak kecil itu semula baki wang. Gengaman kiriku erat mengenggam bugkusan makanan dan kuih muih manakala aku menghulurkan tanga kanan ku untuk mengambil baki wang.
“Alamak..... Ibu , tangan abang ni kena tangan adik..... Ustazah kata tak boleh tangan lelaki kena tangan perempuan”
Aku tersentak , lelaki ? Adakah aku kelihatan seperti benar-benar seperti lelaki dihadapan seorang kanak-kanak yang masih suci fitrahnya?Mak cik hanya mampu tersenyum dan mampu berkata “Mak cik minta maaf , anak mak cik dia anak istimewa. Minta maaf ya nak.” Aku tersenyum , mengeleng-geleng kepala lantas berlalu pergi.
Tiba di rumah , salam mendahului langkahku , “Assalammualaikum , mak orang dah balik.” aku meletakkan kuih muih diatas meja. Duduk termenung.
“Waalaikumsalam , kak , tak pernah pernah beri salam , hari ini beri salam ? Kak , dekat atas meja ada surat kakak. Mak tak buka lagi.”
Mengerling mencari surat yang dimaksudkan mak , mengoyakkan sampul surat , perlahan-lahan. Mata ku hampir terbeliak dibuatnya , benarkah apa yang dilihat diriku ini.
“Adalah penting bagi kamu semua sebagai tentera , menyelamat , membela negara. Jika kamu berfikir dua kali untuk ke medan perang , masih belum terlambat kamu semua melangkah dari lapangan ini . Faham ?” Itulah ayat pertama ketika aku melapor diri di pusat latihan ketenteraan Sabah.
Tempoh lima tahun , tidak terasaku letih kerdipan dan celikan mata. Namun pada hari itu , aku sangat letih , tiada daya lagi yang mampuku kerahkan. Mak , ayah ......
“Serang !!” Dalam detik getir di dalam zon peperangan mempertahankan tanah ibu pertiwiku , hanya kedengaran arahan dan tembakan dari barisan tentera bahagian utama. Aku bersama rakan seperjuangan yang lain berada dalam posisi “back-up” , kami bersembunyi tidak jauh dari medan pertempuran. Seakan-akan gugusan daun yang mengenggam api demi perjuangan.
Komander memberi arahan “sulit” kepada ku , menyuruh aku pulang ke kem meminta bantuan ketenteraan .Aku sebagai ketua diposisi “back-up” menyerahka tugasku kepada timbalan . Aku diiringi tiga orang , meredah semak samun . Apa yang kurasakan ketika itu , tanah air dan tanggungjawabku. Berjaya , aku berjaya . Tertapi , keempat-empat kelibat sudah menjadi taruhan peluru musuh. Aku menyedar akan perkara itu , namun , taruhan peluru menganai salah seorang pengiring keselamatanku. Belum sempat kami berbuat apa-apa , bertalu talu das tembakan menghujani .Tiada jalan lain selain bersembunyi . Kadang kala kami berbalas-bals tembakan , tapi , bayangkan tenaga tiga orang pejuang hendak menandingi tenaga belasan orang. Allahhuakbar.....Akhirnya aku membuat keputusan nekad.
“ Dengar , saya akan menyelinap masuk semula kem dan beritahu keadaan kita dan kecederaan Zaid. Pastikan keadaan dia dan pendarahan dia tidak semakin teruk.” sekali lagi aku menarik nafas panjang , nafas ku seperti mengetahui perkara sebenar .“Jangan bergerak selagi keadaan tidak selamat . Bantuan akan sampai ” aku berbisik di balik semak samun persembunyian kami.
“Tapi puan , keadaan sangat bahaya.” bantah salah seorang rakan sepejuangan ku. Kerana tugas , kerana aku melihat kecederaan parah yang akan mengorbankan nyawa rakan sepejuangan ku bila-bila masa , aku mengentalkan hati ku. Aku hanya tersenyum memandang mereka.
"Saya minta maaf , namun saya harus patah balik juga ." aku menyelinap secepat mungkin , membawa tekad yang ku genggam. Biarpun berat..... Aku sanggup. Akan tetapi , aku seperti telur dihujung tanduk rupanya.
"Belakang kamu......" Suara jeritan dari kem yang ingin ku hampiri , semakin lama semakin jauh , jauh...... Tiba-tiba , langkahku tekadku , lemah longlai , tidak berdaya melakukan apa-apa. Aku rebah , hanya bumi mendakap. Aku gugur di medan perang , sakit , perit , kecewa . Aku tidak pasti sama ada , masih adakah lagi untuku satu lagi peluang dicoretan hayatku . Namun menjadi suatu kepastian bagiku bahawa aku bukan lagi seorang wanita yang bertopengkan wajah “ lelaki” dan kecewa akan “perjuangan” kehidupan yang sia-sia , akan tapi aku seorang muslimah berhijab yang gugurnya dimedan perang . Inilah kekentalan jiwa dan kepaastiaan yang sebenar selama ini aku cari . Aku yakin. Allahhuakbar.
Thursday, 4 June 2015
Cerpen Pelangi Laiyinah
“Bolehlah mama , Irah nak tukar phone baru , Irah tak nak phone ni lagi !” puas aku merayu ibuku supaya membelikan aku telefon bimbit baharu , namun ibuku hanya membantah setiap apa yang aku tuturkan kepada ibu pada waktu itu. Bukan pada waktu itu sahaja , namun setiap kali apabila aku meminta yang bukan keperluan .
Hati ramaja , ikutkan hati sahaja lebih , tambah pula ibu bapaku mempunyai kemewahan dan aku ialah satu-satunya anak tunggal mereka. Mungkin ada kala permintaan aku sungguh tidak masuk akal , acap kali permintaan aku ditolak , pastinya aku akan bermasam muka apabila berdepan dengan ibu ayahku.Sedar tak sedar , aku telah menyakiti dan menusuk kalbu seseorang yang bergelar ibu dan ayah. Kadang kala , apabila ibu meminta tolong daripada ku , aku hanya menjawab , “ Nantilah mama , itulah , inilah .” Sedetik pun aku tak pernah memikirkan hati mereka.
Apabila mereka terlewat sedikit menjemput ku dari sekolah , aku merunggut dan merunggut. Itulah aku , hanya mementingkan diri sendiri.
Namun sesuatu telah menyedarkanku dari lamunan kehidupanku . Selama ini aku menganggap ibu ayahku kedekutkan kemewahan mereka , jika ada terkurang sedikit , pasti aku akan menyakiti hati mereka .Tapi pada hari itu , aku tersedar aku silap sama sekali.Aku silap!
“ Irah , jomlah pergi program rumah anak yatim , terhad 5 orang sahaja , saya nak sangat pergi , jomlah !” sahabatku , Dina mengekori kemana sahaja aku pergi , demi mendapatkan persetujuan supaya aku menemaninya ke Program rumah anak yatim itu .
“ Tak....... Nak...... Wahai sahabatku Dina Munawarah . Tiga minggu Dina , bukan tiga hari . Carilah orang lain .”seboleh tidak aku menolak .Namun , seboleh tidak dia mendesak ku. Dan akhirnya ,aku mengalah jua. Mungkin padanya , ada hikmah disebalik desakkan Dina.
Hari ini merupakan hari pertama buatku di Teratak Al-Amin. Selepas bersolat Zuhur bersama-sama dengan kawan-kawan baru ku ,seorang kanak-kanak perempuan , kelihatan seperti berusia lima tahun , lantas melipat telekungnya , lalu berlari kearah pintu keluar . Penghuni di teratak itu kelihatan seperti biasa sahaja dengan perlakuan kanak-kanak itu.
“Ah , nak pergi tandas kot.” detik hati kecilku . Aku terus melipat telekung ku dan keluar dari surau. Kelihatan kelibat kanak-kanak yang keluar dari surau itu tadi duduk di buaian. Bermain-main dengan jari jemari halusnya.“Budak kecil , ada buaian excited lah tu .”aku berkata-kata didalam hati semula.
Sebenarnya jujur aku katakan , kanak-kanak itu membuatkan sifat ingin tahuku semakin menbuak-buak. Setiap kali selepas solat Zuhur , perkara sama dilakukan oleh kanak -kanak itu. Dan yang peliknya , dia akan berkelakuan seperti ini selepas waktu Zuhur sahaja. Hampir seminggu aku berada disini , aku perlihatkan perkara yang sama sahaja.
“Mak cik , budak kecil yang selalu lari pergi buaian lepas zuhur tu siapa cik ?” aku bertanyakan kepada Mak Cik Tun .
“ Oh , maksud kamu Laiyinah ? Dia memang macam tu . Kalau Irah ada masa , Irah tegurlah dia. Dia budak baik .” Mak Cik Tun menoleh kearah ku seraya mengukirkan senyuman kepadaku.
Pada minggu kedua aku berada di sana , aku mengambil keputusan untuk menegur adik itu selepas solat Zuhur. Dengan berhati-hati aku menyusun langkah , dedaunan yang kering ku pijak mengeluarkan bunyi. Lantas Laiyinah menoleh ke arah ku dan menghulurkanku senyuman . Tanpa rasa asing , Laiyinah mengajak ku duduk bersamanya.
“ Laiyinah selalu ke duduk dekat buaian ni ?” aku memulakan bicara , kekadang aku pelik dengan sifat Laiyinah , dia kelihatan ceria selalu , tidak seperti aku , sentiasa penuh dengan runggutan.
“ Ha.ah , Laiyinah tunggu pelangi datang.”
Aku mengerutkan dahi ku , mendongak kearah langit biru , kelihatan tiada tanda - tanda akan hujan. “Laiyinah , pelangi hanya keluar selepas hujan bukan ?”
“ Mama Laiyinah kata , pelangi datang kalau mama Laiyinah datang.” Laiyinah memandangku , ku perhatikan , bibir kemerahan anak kecil ini menjadi pucat . Aku agak gelisah melihat keadaan Laiyinah , aku mengajak Laiyinah masuk , namun dia menolak. Katanya ,
“ Kejap lagi pelangi mesti datang , Laiyinah nak tunggu sekejap lagi.”
Kali ini , Laiyinah benar-benar buat ku rasa takut , Laiyinah pengsan secara tiba-tiba.
“ Mak Cik Tun , Laiyinah pengsan , hidung dia berdarah. Mak Cik !!” tubuh kecil yang kelihatan layu , berada dalam pelukkan ku . Aku menjerit dari perkarangan teratak itu .
Tanggal 1 September , hari terakhir aku menetap disitu , suasana sayu menyelubungi Teratak Al-Amin . Sekujur tubuh kecil terbaring kaku di tengah halaman ruang tamu. Aku tak menyangka perkara ini akan berlaku.Selepas seminggu Laiyinah ditahan di wad ICU , akhirnya , denyutan nadinya terhenti dan tamatlah penantian pelangi Laiyinah.
“Mak cik Tun , Laiyinah ada sakit apa Mak cik Tun ? Kenapa dia asyik duduk di buaian Mak cik Tun ?”
“Doktor kata Laiyinah tak boleh hidup lama lagi , dia menghidap barah otak. Sebenarnya arwah ibu bapa Laiyinah meninggal dunia tahun lepas , sebab kemalangan jalan raya sewaktu hendak menjemput Laiyinah dari taska . Pernah juga Mak cik tanya dia kenapa dia tunggu pelangi. Laiyinah beritahu mak cik , mama dia kata , pelangi akan datang kalau Laiyinah sabar menunggu kedatangan ibu bapanya . Itulah kata - kata terakhir arwah ibu bapa Laiyinah kepada dia sebelummeninggal dunia. Seminggu selepas ibu bapa Laiyinah meninggal , Laiyinah dihantar ke Teratak Al-Amin ini. Hari-hari , Laiyinah duduk dekat buaian selepas solat Zuhur . Bila dipujuknya masuk , dia kata nanti pelangi datang bawa Laiyinah. ”
Selepas segalanya selesai , kami pulang. Aku termenung dalam perjalanan pulang dari Teratak Al-Amin.
“Bersyukur aku mempunyai ibu bapa , tapi aku masih tak bersyukur , andai ada yang terkurang sedikit , aku merunggut sedangkan apa yang diberikan ibu ayah ku lengkap dan tiada terkurangnya. Jika ibu ayah lambat menjemputku dari sekolah , walaupun hanya beberapa minit , aku juga merunggut. Laiyinah telah menyadarkan aku , Allah telah membuka pintu hati ku . Rupa-rupanya selama ini aku seorang yang tak bersyukur. Ya Allah....
Setiap hari , Laiyinah menunggu sesuatu yang tak mungkin berlaku , namun dia pernah tidak merunggut sama sekali . Aku malu dengan diri aku , aku langsung tidak menghargai pengorbanan ibu ayahku setiap saat . Walaupun Laiyinah sudah kehilangan ibu bapa , Laiyinah tetap ceria dan percaya kehadiran ibu bapanya akan menjemputnya suatu hari nanti .
“Laiyinah , tenanglah disana , pelangi yang selama ini Laiyinah tunggu , akhirnya datang menjemput Laiyinah jua .” Al-Fatihah.
Saturday, 7 June 2014
Remaja dan cinta
Assalammualaikum ,
Pasti ramai insan bergelar remaja ingin bercinta dan punyai teman berlainan jantina , disini , Syah ingin membincangkan soal remaja dan cinta
Sebelum ni Syah pun ada post yang hampir sama juga tapi kali ni Syah nak kongsikan sesuatu yang lebih bermananfaat buat pembaca semua ..... Enjoy ..
"Hmmm.... kenapa jantung ku berdengup semacam ye ? "
Remaja sering merasakan perasaan sebegini , kadang kala sampai tak berani nak padang orang yang kita suka , itu semua normal , seperti article yang Syah post kan sebelum ni
" Cinta Diusia Remaja "
" Aku suka dia , aku inginkan dia menjadi peneman hidupku .. Bercouple tak salah , so apa salahnya , kalau dah jodoh "
Mesti ramai yang pernah berkata sedemikian di usia belasan tahun , tapi kebanyakkannya kaum adam.Pemikiran lelaki kurang matang berbanding wanita di usia sebaya , lebih lebih lagi ketika kita di alam persekolahan menengah , kita banyak perhatikan remaja ialah golongan yang paling banyak terjerumus ke dalam lembah kehinaan . Punca-nya dari perbuatan bercouple ,
Ketika kita mabuk bercinta , semua perkara kita turutkan , termasuklah perkara yang menyalahi akidah , seperti seks bebas , clubbing , lari rumah , melepak with budak motor dan sebagainya ..
" Bercouple cara islam ? "
Bagaimana yang dikatakan bercouple cara islam ? Pernah tak korang nampak perbuatan bercouple ni bertiga atau berempat orang , tak kan ...Perhatikan hadis ini ,
“Tidak diperbolehkan seorang laki dan seorang perempuan berdua’an, karana yang ketiganya adalah setan”
Tak kisah la , bercouple cara islam ke apa , bagi Syah , itu tetap tak boleh .
Mungkin article ini bersifat mengkritik tapi , Syah minta maaf jika ada yang terasa , tapi sila teruskan pembacaan anda..
Kesilapan remaja yang sering dilakukan ,
- Terlalu mengikut perasaan
"Hello , awak , saya nak lari rumah .... mak asyik marah saya , lagipun saya dah bosan duduk rumah.. Jemput saya okey , malam ni "
Perhatikan , ramaja lari rumah , banyak yang dibawa atau disuruh membawa individu yang digelar " peneman hidup sejati mereka , Dimarahi oleh ibu bapa ? Siapa yang suka , tapi percayalah , mereka bukan memarahi tapi menegur , Remaja tersebut terlalu mengikutkan perasaannya , sampai melakukan perbuatan nekad sedemikian , Kebanyakkan remaja lari rumah bersama teman akan mendapat padah tanpa mereka sedari.... Kes remaja lari rumah , punca utama ialah " bercouple "
Nasihat: Terlalu marah , think positive , nanti 10 tahun akan datang , belum tentu kita dapat mendengar suara mereka , jika terlalu marah , berwudhuk la , insyahallah itu akan memadamkan api kemarahan
- Terlalu obses
"Beb , semalam boy aku ajak aku makan , dia belanja beb tu lah kau rugi , bercinta like syurga remaja , rugi kau tak nak merasa bercinta "
~ OR ~
" Kau tahu tak , dia sms aku cakap dia akan jadi peneman hidup aku , oh mai goott melting aku "
Melihat orang disekeliling kita punyai pasangan masing-masing , cemburu dan ingin dilayan seperti perbualan diatas , dibelanja pasangan , diberi kata-kata pemanis , itu kerana terlalu obses dengan cerita yang kawan cerita kan . Ataupun terlalu obses dengan cerita cinta di media massa , perkara ini memang berlaku di realiti , cepan mata lagi..
Nasihat : Relax la ..... we're young okey , study , dah bekerjaya , dah berduit , nak apa , segalanya pasti boleh kita dapatkan asalkan dapat keizinan Allah, biarlah orang lihat kita kolot tak bercouple di usia ini ... Keredaan Allah lebih mulia daripada keredaan manusia yang mengajak kita ke arah keburukan ...Insyahallah , jangan risau , sudah termaktub sejak kelahiran kita lagi =')
Jika ? H0w ?
Jika ada lelaki ushar (minta nombor telefon & buat bunyi tikus ) ?
Minta nombor telefon : Kuat kan iman , kuatkan hati , ingat allah , and say
" minta maaf , saya tak suka orang yang tidak kenali tahu nombor "
Buat bunyi tikus : They just test market only , tundukkan pandangan-mu , teruskan perjalanan .
Jika ada lelaki / wanita mendekati diri ?
Kebanyakkan orang gemar menggunakan cara ini untuk memikat , apa kata gunakan cara or status berkawan baik ?
Sebenarnya , remaja yang dilamun cinta itu fitrah , semua tahu dan pernah merasai kewujudan rasa & perasaan itu di usia remaja , tapi jika diikutkan perasaan , mungkin mengelakkan diri dari bercouple is better buat masa sekarang ( usia remaja ) , Bercinta , berpasangan itu hak masing-masing , tapi itu pilihan remaja sekalian untuk memilih percintaan kejalan keburukkan ( Bercouple di usia ini ) atau percintaan yang diredhai Allah ( Bernikah dikala tiba waktunya , usianya dan kemampuannya )
Maksiat menghalang hidayah.
Pasti ramai insan bergelar remaja ingin bercinta dan punyai teman berlainan jantina , disini , Syah ingin membincangkan soal remaja dan cinta
Sebelum ni Syah pun ada post yang hampir sama juga tapi kali ni Syah nak kongsikan sesuatu yang lebih bermananfaat buat pembaca semua ..... Enjoy ..
"Hmmm.... kenapa jantung ku berdengup semacam ye ? "
Remaja sering merasakan perasaan sebegini , kadang kala sampai tak berani nak padang orang yang kita suka , itu semua normal , seperti article yang Syah post kan sebelum ni
" Cinta Diusia Remaja "
" Aku suka dia , aku inginkan dia menjadi peneman hidupku .. Bercouple tak salah , so apa salahnya , kalau dah jodoh "
Mesti ramai yang pernah berkata sedemikian di usia belasan tahun , tapi kebanyakkannya kaum adam.Pemikiran lelaki kurang matang berbanding wanita di usia sebaya , lebih lebih lagi ketika kita di alam persekolahan menengah , kita banyak perhatikan remaja ialah golongan yang paling banyak terjerumus ke dalam lembah kehinaan . Punca-nya dari perbuatan bercouple ,
Ketika kita mabuk bercinta , semua perkara kita turutkan , termasuklah perkara yang menyalahi akidah , seperti seks bebas , clubbing , lari rumah , melepak with budak motor dan sebagainya ..
" Bercouple cara islam ? "
Bagaimana yang dikatakan bercouple cara islam ? Pernah tak korang nampak perbuatan bercouple ni bertiga atau berempat orang , tak kan ...Perhatikan hadis ini ,
“Tidak diperbolehkan seorang laki dan seorang perempuan berdua’an, karana yang ketiganya adalah setan”
Tak kisah la , bercouple cara islam ke apa , bagi Syah , itu tetap
Mungkin article ini bersifat mengkritik tapi , Syah minta maaf jika ada yang terasa , tapi sila teruskan pembacaan anda..
Kesilapan remaja yang sering dilakukan ,
- Terlalu mengikut perasaan
"Hello , awak , saya nak lari rumah .... mak asyik marah saya , lagipun saya dah bosan duduk rumah.. Jemput saya okey , malam ni "
Perhatikan , ramaja lari rumah , banyak yang dibawa atau disuruh membawa individu yang digelar " peneman hidup sejati mereka , Dimarahi oleh ibu bapa ? Siapa yang suka , tapi percayalah , mereka bukan memarahi tapi menegur , Remaja tersebut terlalu mengikutkan perasaannya , sampai melakukan perbuatan nekad sedemikian , Kebanyakkan remaja lari rumah bersama teman akan mendapat padah tanpa mereka sedari.... Kes remaja lari rumah , punca utama ialah " bercouple "
Nasihat: Terlalu marah , think positive , nanti 10 tahun akan datang , belum tentu kita dapat mendengar suara mereka , jika terlalu marah , berwudhuk la , insyahallah itu akan memadamkan api kemarahan
- Terlalu obses
"Beb , semalam boy aku ajak aku makan , dia belanja beb tu lah kau rugi , bercinta like syurga remaja , rugi kau tak nak merasa bercinta "
~ OR ~
" Kau tahu tak , dia sms aku cakap dia akan jadi peneman hidup aku , oh mai goott melting aku "
Melihat orang disekeliling kita punyai pasangan masing-masing , cemburu dan ingin dilayan seperti perbualan diatas , dibelanja pasangan , diberi kata-kata pemanis , itu kerana terlalu obses dengan cerita yang kawan cerita kan . Ataupun terlalu obses dengan cerita cinta di media massa , perkara ini memang berlaku di realiti , cepan mata lagi..
Nasihat : Relax la ..... we're young okey , study , dah bekerjaya , dah berduit , nak apa , segalanya pasti boleh kita dapatkan asalkan dapat keizinan Allah, biarlah orang lihat kita kolot tak bercouple di usia ini ... Keredaan Allah lebih mulia daripada keredaan manusia yang mengajak kita ke arah keburukan ...Insyahallah , jangan risau , sudah termaktub sejak kelahiran kita lagi =')
Jika ? H0w ?
Jika ada lelaki ushar (minta nombor telefon & buat bunyi tikus ) ?
Minta nombor telefon : Kuat kan iman , kuatkan hati , ingat allah , and say
" minta maaf , saya tak suka orang yang tidak kenali tahu nombor "
Buat bunyi tikus : They just test market only , tundukkan pandangan-mu , teruskan perjalanan .
Jika ada lelaki / wanita mendekati diri ?
Kebanyakkan orang gemar menggunakan cara ini untuk memikat , apa kata gunakan cara or status berkawan baik ?
Sebenarnya , remaja yang dilamun cinta itu fitrah , semua tahu dan pernah merasai kewujudan rasa & perasaan itu di usia remaja , tapi jika diikutkan perasaan , mungkin mengelakkan diri dari bercouple is better buat masa sekarang ( usia remaja ) , Bercinta , berpasangan itu hak masing-masing , tapi itu pilihan remaja sekalian untuk memilih percintaan kejalan keburukkan ( Bercouple di usia ini ) atau percintaan yang diredhai Allah ( Bernikah dikala tiba waktunya , usianya dan kemampuannya )
Maksiat menghalang hidayah.
Ilmu
adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam
hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik
melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi'e yang luarbiasa, beliau
(Imam Malik) berkata:
"Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di dalam hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat". ”
Maksiat menyebabkan maksiat lain pula. Seorang
ulama berkata bahawa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal
tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan
seterusnya.
Dan
jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung
untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi
kebiasaan bagi si pelaku.
Orang
yang pernah bertaubat kadang-kadang terjebak lagi dengan maksiat. Lalu
bertaubat, terasa tiada kesan taubat yang dahulu. Mungkin taubatnya yang
lepas seperti tidak diterima oleh Allah SWT.
Tetapi
jika masih mengingati akan dosa serta insaf kembali akan perbuatan
maksiat itu bermakna Allah SWT masih sayang lagi kepada kita selepas
melakukan maksiat. Oleh kerana itu jauhkan diri dari perkara-perkara
yang akan membawa diri kearah kemaksiatan. Jadilah orang-orang yang
bertaqwa. Allah SWT berfirman:
(31) Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan, (32) (yaitu) kebun-kebun dan buah anggur, (33) dan gadis-gadis remaja yang sebaya, (34) dan gelas-gelas yang penuh (berisi minuman). (35) Di dalamnya mereka tidak mendengar perkataan yang sia-sia dan tidak (pula) perkataan dusta. (36) Sebagai pembalasan dari Tuhanmu dan pemberian yang cukup banyak,( Surah An Naba: Ayat 31-36)
PENAWAR SUPAYA MENJAUHI MAKSIAT
Maksudnya:
Yang
Mengampuni dosa dan Menerima taubat lagi keras hukuman-Nya. Yang
mempunyai karunia. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Hanya
kepada-Nyalah kembali (semua makhluk).
Lebih
elok lagi, doa ini dimulakan dengan Allahumma. Bagi yang sukar
meninggalkan maksiat. Walaupun telah bertaubat, amalkan setiap kali
selepas solat lima waktu dan sebelum tidur, insyaAllah.
So , sampai disini sahajalah apa yang Syah ingi sampaikan kepada sahabat remaja Syah , semoga bermananfaat , Assalammualaikum... Jika tersalah kata atau terlebih cakap , sebelum itu , ku ingin meminta maaf... =')
Friday, 25 April 2014
" Cinta di usia remaja "
Berbicara soal remaja... Siapa yang tak kenal remaja....
Jika bicaara soal remaja , pasti ku terfikir "percintaan" "belajar"
Di usia remaja ini lah kita mula mebina kejayaan dan kehidupan sebagai permulaan seorang remaja..
Saya pasti disini ramai remaja yang terjebak dengan percintaan di sekolah ,
kerana di sekolah atau di tempat yang sering kita tuju itu lah tempat yang kita boleh bertemu dengan orang..
Sebenarnya , perkara yang sering remaja bincangkan mengenai soal hati dan perasaan
itu hanyalah , "Rasa" sahaja.... Di usia ini , mencapai peringkat akil baligh ,
kita lebih cenderung dengan seseorang yang berlainan jantina dengan kita.... Sebenarya , itu ialah " rasa " dan bukan cinta seperti para remaja sering sebut sebutkan ...
" Rasa " itu akan semakin berkurangan apabila kita semakin dewasa , kerana , kita akan
memahami sesuatu itu dengan lebih mendalam dan bersifat lebih profesional semasa kita masuk ke alam dewasa... Perasaan cinta di usia remaja ini hanyalah sementara waktu sahaja , kerana sampai suatu tahap , kita akan lebih memandang seseorang melalui peribadi dan kerjaya dia....
Ya ! saya mengaku , di usia awal remaja ini , pemikiran kita kurang matang , kita pun tidak memikirkan sesuatu itu dengan lebih mendalam dan teliti...
Saya mengaku memang saya pernah jatuh hati dengan kaum adam di usia 11 tahun . Menipulah kalau cakap tak pernah ada " crush "...
Tapi , jujur saya katakan , saya ada jatuh hati dengan seorang lelaki ini , tapi
saya menolak rasa hati , saya sukar nak suka pada mana-mana Adam.... Alhamdulilah
Saya beranggapan perasaan itu hanyalah sementara waktu sahaja dan saya masih memegang status sebagai seorang pelajar , masih banyak lagi pilihan hidup saya.... Jadi saya memberitahu diri saya supaya bercinta dengan Pencipta dahulu sebelum bercinta dengan hambanya.... Saya lebih suka berkawan karib , kerana jika menggunakan status sebagai " kawan karib " atau " berkawan baik " , itu lebih baik , disamping itu , kita boleh mengelakkan "kontroversi" sebagai seorang yang masih belajar .. Sebenarnya ini lebih baik , jika kita bercouple , kemudian putus , hubungan kita dengan seseorang itu pasti renggang , tidak bertegur sapa atau saling menyumpah.... Tapi jika kita berkawan baik , walau apa pun yang terjadi , hubungan kita sebagai seorang kawan baik tidak akan renggang mahupun putus. Siapa kata kita tak boleh memberikan layanan yang baik seperti sweet couple kepada seorang kawan baik , boleh... Mugkin melalui cara itu , kita boleh meng-improve-kan diri dia , sebelum dia bertemu dengan cinta sebenar dia di masa yang akan datang.... Dengan cara itu , sedikit sebanyak kita dapat membantu dia dalam kehidupan dia...Tapi , harga diri , maruah , batas pergaulan harus dijaga....
Ibu sering berkata " Membina kerjaya , mengumpul duit , jadi wanita berkerjaya dan berkebolehan , insyahallah , akan ada pilihan yang terbaik untuk awak...."
Itulah janji Allah terhadap hamba-Nya , jika kita menjadikan diri kita sebagai seorang hamba yang terhebat , terbaik , tidak lupa Nya , tidak riak , pandai dalam semua aspek (senang cakap full package gitu ) , Insyahallah , pasti ada balasan yang setimpal untuk kita ....
Thursday, 3 April 2014
Cara pemakaian zaman sekarang
Diriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al Mu'jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya " Akan datang suatu masa dalam umatku segolong para wanita berpakaian , tapi sebenarnya keadaan mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian .. "
Subscribe to:
Posts (Atom)
CREATIVE WRITING TSLB 3252
Non-Fiction (Diary) Dear Diary, Things have been very tough lately. Battling with missing and home sick feelings, I try to shoo it awa...
-
Fiction (Short Story) Opportunity That morning, the blazing sun strokes its heat on my head and the skin. I can feel my sweat g...
-
Creative Writing Assignment Non-Fiction (Diary) Dear Diary, Things have been very tough lately. Battling with missing and homesick feelings...
-
Poem Migration Kid I saw my friends read fluently, But I crawled from word to word, The books are my enemy, But I don’t want to be a cowar...