Thursday, 15 December 2016

His Cinta Her Puisi (Part I)

Berjalan , selama 3 tahun aku memerhatikan dia ,
Tak. Bukan dia. 
Tetapi hanya kelibat dia. 
Tak. Bukan aku. 
Hanya lirikan mataku sahaja memerhatikan dia 
Di awal 3 tahun ini , aku baru mula berhijrah 
Sehinggalah hari ini. 
Pernah sekali aku nekad senyum kepadanya. 
Dan aku lakukan. 

Selepas itu , tiada lagi. 
Di awal pertemuan aku dan dia , 
Cuba merapati aku di biarpun balik tabir.
Dia mendekati lagi,
Aku sedaya upaya mengelak.
Dengupan hatiku , pandanganku ,
Akan tetapi bukan lirikan ku.
Semalam hari , dia berjaya meletakkan kata kunci
Kepada setiap pertanyaan ku.
Bukan semua , hanya satu sahaja.
Hari itu , dia masih lagi cuba mendapatkan senyumku.
Namun aku mengelak.

Kata kunci , 
Aku dapat mencari dirimu , 
Namun hanyalah setipis harapan ku.
Dari awal ku ketahui sedikit latar mu.
Kau berada dalam perhubungan bersama miss question mark.
Aku hanya tersenyum di belakang mu.
Tapi aku tertanya-tanya semula , 
Ya Allah , mengapakah kau mengizinkan semua ini ?
Aku masih menantikan jawapan.

"Dia cuba membuat aku tersenyum ,
 Aku menolak.
 Dia cuba senyum kepada ku , 
 Aku memaling.
 Dia cuba mengenali ku , 
 Aku mengelak.
 Dia cuba memanggil ku , 
 Aku berdiam diri. 

Izinkan aku membiarkan dalam keheningan ini , 
Masih membara kemisterian , 
Mencari-cari siapakah kita masing-masing.
Tujuan mu ? 
Tanpa tujuan , aku pasti.
Adanya tujuan , hanya kau sahaja yang mengetahuinya
Adanya jawapan , aku pasti.
Tanpa jawapan , hanya kau sahaja yang mengetahui.
Namun tiada harapan dilepaskan , 
Itu , aku pasti.




No comments:

Post a Comment

CREATIVE WRITING TSLB 3252

  Non-Fiction (Diary) Dear Diary, Things have been very tough lately. Battling with missing and home sick feelings, I try to shoo it awa...