Tuesday, 12 May 2020

Kehidupan di IPG

Life in IPG or people know them as Institut Pendidikan Guru. Hari ni Syah bukan nak cerita my life in IPG, just want to share how's life in IPG. Alhamdulilah, untuk tahun ini, bulan 6, Syah akan menduduki peperiksaan. Well, as we are in MCO mode, so exam pun ditukarkan jadi online. Ada beberapa subjek pula tiada exam dan permarkahan sekadar diambil kira daripada assignment. Okay, nanti-nantilah cerita pasal tu.

Therefore, below are the topics that I am going to share with all of you since pengambilan bagi sesi baru dah bermulakan ? So you all yang dapat panggilan tawaran IPG tu tak adalah terkejut sangat jika apa yang diimpikan tidak sama dengan realiti.

1. Persediaan mental dan fizikal
2. Suasana dan persekitaran di IPG saya
3. Kemudahan
4. Perbezaan antara IPG-IPG di Malaysia. 

1. Mula-mula sekali, persediaan mental dan fizikal. Apa yang perlu awak tahu, IPG ni dia lain sikit dengan IPT sebab, kami dilatih untuk menjadi guru. Jadi, assignment dan life in IPG memang senang cakap akan buatkan awak berasa sangat hectic, mual dengan assignment, tak cukup rehat dan tidur. Buat masa ini, range bilangan assignment yang pernah saya dapat 24 till 27 (ia termasuk dengan academic writing, quiz, presentation dll.). Tapi jangan risau sebab kebaikannya, once awak dan masuk mengajar, you dah nampak bayangan kesibukan menjadi guru tu macam mana dan awak tak akan terkejut sangat. 

*By the way, dalam kesibukan itu, pastikan sangat-sangat awak kena bijak manage emosi, dan stress. KALAUUUU awak masuk IPG sebab tak rela, please sangat-sangat naturalkan mindset awak. Buat apa-apa cara untuk pujuk diri awak. Buatlah self-treat ke, pergi jalan-jalan ke, atau apa-apalah. Saya selitkkan sedikit cerita saya tak rela masuk IPG. At first, saya masuk IPG memang tak rela sebab parents. Tapi saya tak salahkan mereka. So selama 1 tahun setengah, saya struggle dengan emosi. And sebab saya terlampau banyak fikir dan hati tak boleh move on dengan ketidakrelaan itu, selama 1 tahun setengah tu jugalah saya ulang alik ke PPUM ( Pusat Perubatan Universiti Malaya). Yang heartbeat tak stabil lain, darah rendah lain, stress lain dan macam-macam.*

Jadi, kalau awak memang tak rela dan ada pilihan untuk menolak, nasihat saya, ikutlah apa yang awak rasa baik buat diri awak. Macam saya, setelah solah Istikharah, memang itulah petunjuk saya dapat. 3 atau 4 kali saya didatangi mimpi berkaitan IPG ni. So, nak tak nak, saya paksa diri saya juga.

2. Suasana dan persekitara di IPG saya. Okay, saya belajar di IPG betul-betul di tengah bandar raya Kuala Lumpur. Jadi, untuk subtopic ni, saya will describe according to my IPG, okay. IPG mana, saya tak mention sebab saya pernah mention sebelum ini. Sejujurnya, ada 2 benda yang saya akan cakap about this. Pertama, pensyarahnya. Alhamdulilah, macam mana awak nampak cikgu-cikgu awak, macam itulah lovely-nya pensyarah di IPG saya. Memang tak dinafikan, ada yang garang, ada yang tegas dan ada yang hatinya mudah tersentuh. Tapi apa-apa pun, they are the best. They will treat you like their own kids as long as you know how to respect them. By the way, mentioning about respect, bila you dah dewasa dan masuk uni life, please and please, respect everyone. Nampak cleaner, senyum. Kalau nak sembang pun sembang lah... Nampak sesiapa pun, respect mereka. 

Kedua, TEMPAT TINGGAL. Sejujurnya, IPG saya kiranya bangunan lama. Kenapa saya CAPS LOCK perkataan tempat tinggal tu ? Sebabnya, satu yang saya nak pesan. Setiap IPG ada kelainannya. Macam IPG saya, bangunan dia kira bangunan lama. Jadi, awak semua kalau dapat tempat tinggal yang buruk or baru or apa-apalah, JANGAN nak complain bangunan buruk, bukan tempat tinggal manusia dll. INGAT ! Kita ke sana untuk menuntut ilmu, dan belajar. Kalau ada kurang perabot atau apa-apa kemudahan, selesaikan dengan cara baik contohnya, minta dengan pejabat penyelia asrama atau suarakan dekat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan Hal Ehwal Pelajar. Cepat atau lambat, awak kena belajar bersabar dari situ. 

*Story time again ! Pernah tahun lepas berlaku semasa kemasukan pelajar baru. Ada parents yang marah soal tempat tinggal pelajar buruk dll. Saya tak nafikan, kadang kala rasa kami pun rasa teruk tapi lama-lama, kami dah membiasakan diri. Sebab niat yang teras ialah untuk menuntut ilmu. Tapi dalam masa yang sama, kalau awak rasa hak awak tidak dijaga dan dipelihara, you have the right to voice out ya.*

3. Dari segi kemudahan. Saya rasa bersyukur, sebab keliling semunya kemudahan. IPG saya di Lembah Pantai, jadi antara kemudahan yang ada di sekitar situ ialah, stesen LRT Kerinchi , mall Mid Valley, mall KL GATEWAY, stesen LRT dan KTM Abdullah Hukum, stesen Bas, pasar malam dll. Senang cakap, mudah. Kalau berjalan kaki nak ke stesen LRT Kerinchi, dalam 15 minit. Jadi, dekat situ boleh jimat banyak dari segi perbelanjaan kewangan. 

4. Perbezaan IPG-IPG di Malaysia. Okay, dekat sini saya nak make it clear. Setiap IPG berlainan. Contoh kalau you dengar IPG dekat belah negeri sana baru, tak semestinya IPG lain sama je baru kemudahannya. No ! It is very different ya. So please do not have the mind set that kau masuk IPG ni boleh dapat 5 stars punya hostel semua tu ya. And ada juga IPG yang hostel dia macam bilik-bilik dan ada juga yang macam house apartment. Jadi sangat-sangat berbeza. Tapi apa-apa pun, you have to be ready with apa-apa keadaan. Bila dah masuk IPG, tolong sangat-sangat buang perangai malas, pengotor, dan mengada-ada. By the time you start to step in Uni life, please make yourself aware dimana awak pada waktu itu. Dewasakan diri awak.

Akhir kalam, GOOD LUCK all ! 

No comments:

Post a Comment

CREATIVE WRITING TSLB 3252

  Non-Fiction (Diary) Dear Diary, Things have been very tough lately. Battling with missing and home sick feelings, I try to shoo it awa...