Tuesday, 12 May 2020

Kehidupan di IPG

Life in IPG or people know them as Institut Pendidikan Guru. Hari ni Syah bukan nak cerita my life in IPG, just want to share how's life in IPG. Alhamdulilah, untuk tahun ini, bulan 6, Syah akan menduduki peperiksaan. Well, as we are in MCO mode, so exam pun ditukarkan jadi online. Ada beberapa subjek pula tiada exam dan permarkahan sekadar diambil kira daripada assignment. Okay, nanti-nantilah cerita pasal tu.

Therefore, below are the topics that I am going to share with all of you since pengambilan bagi sesi baru dah bermulakan ? So you all yang dapat panggilan tawaran IPG tu tak adalah terkejut sangat jika apa yang diimpikan tidak sama dengan realiti.

1. Persediaan mental dan fizikal
2. Suasana dan persekitaran di IPG saya
3. Kemudahan
4. Perbezaan antara IPG-IPG di Malaysia. 

1. Mula-mula sekali, persediaan mental dan fizikal. Apa yang perlu awak tahu, IPG ni dia lain sikit dengan IPT sebab, kami dilatih untuk menjadi guru. Jadi, assignment dan life in IPG memang senang cakap akan buatkan awak berasa sangat hectic, mual dengan assignment, tak cukup rehat dan tidur. Buat masa ini, range bilangan assignment yang pernah saya dapat 24 till 27 (ia termasuk dengan academic writing, quiz, presentation dll.). Tapi jangan risau sebab kebaikannya, once awak dan masuk mengajar, you dah nampak bayangan kesibukan menjadi guru tu macam mana dan awak tak akan terkejut sangat. 

*By the way, dalam kesibukan itu, pastikan sangat-sangat awak kena bijak manage emosi, dan stress. KALAUUUU awak masuk IPG sebab tak rela, please sangat-sangat naturalkan mindset awak. Buat apa-apa cara untuk pujuk diri awak. Buatlah self-treat ke, pergi jalan-jalan ke, atau apa-apalah. Saya selitkkan sedikit cerita saya tak rela masuk IPG. At first, saya masuk IPG memang tak rela sebab parents. Tapi saya tak salahkan mereka. So selama 1 tahun setengah, saya struggle dengan emosi. And sebab saya terlampau banyak fikir dan hati tak boleh move on dengan ketidakrelaan itu, selama 1 tahun setengah tu jugalah saya ulang alik ke PPUM ( Pusat Perubatan Universiti Malaya). Yang heartbeat tak stabil lain, darah rendah lain, stress lain dan macam-macam.*

Jadi, kalau awak memang tak rela dan ada pilihan untuk menolak, nasihat saya, ikutlah apa yang awak rasa baik buat diri awak. Macam saya, setelah solah Istikharah, memang itulah petunjuk saya dapat. 3 atau 4 kali saya didatangi mimpi berkaitan IPG ni. So, nak tak nak, saya paksa diri saya juga.

2. Suasana dan persekitara di IPG saya. Okay, saya belajar di IPG betul-betul di tengah bandar raya Kuala Lumpur. Jadi, untuk subtopic ni, saya will describe according to my IPG, okay. IPG mana, saya tak mention sebab saya pernah mention sebelum ini. Sejujurnya, ada 2 benda yang saya akan cakap about this. Pertama, pensyarahnya. Alhamdulilah, macam mana awak nampak cikgu-cikgu awak, macam itulah lovely-nya pensyarah di IPG saya. Memang tak dinafikan, ada yang garang, ada yang tegas dan ada yang hatinya mudah tersentuh. Tapi apa-apa pun, they are the best. They will treat you like their own kids as long as you know how to respect them. By the way, mentioning about respect, bila you dah dewasa dan masuk uni life, please and please, respect everyone. Nampak cleaner, senyum. Kalau nak sembang pun sembang lah... Nampak sesiapa pun, respect mereka. 

Kedua, TEMPAT TINGGAL. Sejujurnya, IPG saya kiranya bangunan lama. Kenapa saya CAPS LOCK perkataan tempat tinggal tu ? Sebabnya, satu yang saya nak pesan. Setiap IPG ada kelainannya. Macam IPG saya, bangunan dia kira bangunan lama. Jadi, awak semua kalau dapat tempat tinggal yang buruk or baru or apa-apalah, JANGAN nak complain bangunan buruk, bukan tempat tinggal manusia dll. INGAT ! Kita ke sana untuk menuntut ilmu, dan belajar. Kalau ada kurang perabot atau apa-apa kemudahan, selesaikan dengan cara baik contohnya, minta dengan pejabat penyelia asrama atau suarakan dekat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan Hal Ehwal Pelajar. Cepat atau lambat, awak kena belajar bersabar dari situ. 

*Story time again ! Pernah tahun lepas berlaku semasa kemasukan pelajar baru. Ada parents yang marah soal tempat tinggal pelajar buruk dll. Saya tak nafikan, kadang kala rasa kami pun rasa teruk tapi lama-lama, kami dah membiasakan diri. Sebab niat yang teras ialah untuk menuntut ilmu. Tapi dalam masa yang sama, kalau awak rasa hak awak tidak dijaga dan dipelihara, you have the right to voice out ya.*

3. Dari segi kemudahan. Saya rasa bersyukur, sebab keliling semunya kemudahan. IPG saya di Lembah Pantai, jadi antara kemudahan yang ada di sekitar situ ialah, stesen LRT Kerinchi , mall Mid Valley, mall KL GATEWAY, stesen LRT dan KTM Abdullah Hukum, stesen Bas, pasar malam dll. Senang cakap, mudah. Kalau berjalan kaki nak ke stesen LRT Kerinchi, dalam 15 minit. Jadi, dekat situ boleh jimat banyak dari segi perbelanjaan kewangan. 

4. Perbezaan IPG-IPG di Malaysia. Okay, dekat sini saya nak make it clear. Setiap IPG berlainan. Contoh kalau you dengar IPG dekat belah negeri sana baru, tak semestinya IPG lain sama je baru kemudahannya. No ! It is very different ya. So please do not have the mind set that kau masuk IPG ni boleh dapat 5 stars punya hostel semua tu ya. And ada juga IPG yang hostel dia macam bilik-bilik dan ada juga yang macam house apartment. Jadi sangat-sangat berbeza. Tapi apa-apa pun, you have to be ready with apa-apa keadaan. Bila dah masuk IPG, tolong sangat-sangat buang perangai malas, pengotor, dan mengada-ada. By the time you start to step in Uni life, please make yourself aware dimana awak pada waktu itu. Dewasakan diri awak.

Akhir kalam, GOOD LUCK all ! 

Saturday, 20 April 2019

Pengalaman Temu Duga IPG (Kali Kedua)

Hai Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Kali ini Syah semptkan sedikit untuk menceritakan mengenai pengalaman temu duga untuk IPG Syah kali  kedua. Dan alhamdulilah, sekarang Syah dah dekat salah satu IPG. Masih ada lagi 4 tahun.
Syah rumuskan dulu supaya pembaca mudah untuk membaca.

1. Perkara yang berbeza dengan IV yang pertama.
2. Rumskan sedikit situasi di IPG

Alhamdulilah, Syah gagal semasa IV pertama pada tahun 2017. Syah mohon, BM dan Sejarah dan saya percaya yang ramai juga mohon dua subjek ni. To be honest, kalau awak semua memang betul-betul nak jadi cikgu, dan dapat kerja cikgu ni, kalau awak semua BI dapat A, mohon je subjek BI. Sebab tahun lepas 2018, Syah tukar mohon BI pula. Dan Syah dapat tahu ujian bertulis kalian dan ujian fizikal  ada tarik yang berlainan. So, kalau awak semua rasa curious atau pelik dengan sesuatu tarikh yang IPGM provide for IV, terus contact pihak pengurusan.

Tips sebelum IV,
1. Kalau IV fitness, cubalah jog, even sikit-sikit supaya tak mengah. Dan kalau boleh, berat badan tu stay dalam range normal.
2. Nak elakkan gugup masa bercakap, bercakap depan cermin.
3. Dalam tempoh ini, kadang IV akan bertembung dengan waktu bulan Ramadhan. Jadi, manfaatkan tempoh Ramadhan untuk berdoa.
4. Minta restu mak ayah.
5. Salam dan peluk cium cikgu. Kalau awak dekat F6, jumpa cikgu. Salam peluk cium dan minta keredhaan dan restu mereka. Penting tu.

Tips semasa IV,
1. Buat yang paling terbaik.
2.. Kalau you introvert, banyakkan bercakap dan try to encourage yourself to speak.
3. Show a good personality.
4. Sijil surat beranak , IC semua tu ingat bawa yang ori.
5. Segala jenis sijil, bawa je... PALING PENTING, tengok apa yang IPGM nak sewaktu kita pergi IV. kadang kala requirement dia lain-lain.

Tips selepas IV,
1. Banyakkan berdoa.
2. Jangan sakitkan hati mak ayah, cikgu dan orang disekeliling kita.

Bab Panel penemu duga tu, kadang ada yang jenis tanya soalan tricky, kadang ada yang suruh kita describe cikgu yang kita tak suka.. macam-macam. tapi jangan risau, cuba yang terbaik je...


Sunday, 4 June 2017

Pengalaman Temuduga IPG

Assalammualaikum , dan selamat berpuasa juga kepada umat Islam yang saya kasihi. Hari ini sudah masuk 9 Ramadan. Dan agak lambat juga untuk saya update pengalaman saya sewaktu temu duga di Institut Perguruan Batu Pahat , IPGTHO (Tun Hussien Onn).

Untuk first IV , UKCG , ujian kecergasan fizikal , saya pun dapat dekat IPGTHO. So , alhamdulilah dapat dekat tempat yang sama.

1 . Semasa temu duga , kita dikehendaki memakai pakaian yang kemas dan berkasut hitam. Dekat sini saya nak mention , kalau untuk adik-adik yang akan datang dapat pergi or dapat lepas ke temu duga yang kedua ni ,

2 . Sila memakai baju kurung dan kasut hitam bertumit sama ada tertutup atau yang macam biasa dengan stokin hitam sekali. Untuk wanita. Even dalam surat dia kata berpakaian kemas , you guys still have to take a note. Dengan sebab ini je , dia pun boleh singkirkan nama kita.

3 . Muka kalau boleh apply make up sikit supaya nampak segar muka dan tak terlalu kusam. Sekadar make up yang ringan-ringan , tak perlu make up sampai tebal-tebal. Tiada keperluan di situ.

4 . Jangan terlalu mengelabah dan dengar arahan daripada penel semasa ceramah diberikan sebelum sesi temu duga dimulakan. Kalau dia cakap tunggu dekat pusat sumber , tunggu je ! Nak mereput ke , mereputlah dalam pusat sumber tu. Kalau memang dah tak tahan nak terkucil , please , please inform kawan sebelah.

Itu tips awal yang saya nak ingatkan ! Sangat-sangat penting ! Sebab saya tertinggal sesi temu duga. Dan lagi satu , ingat bilik mana yang akan kamu pergi semasa di temu duga dan sesi apa ! Ini sangat penting.

Ceramah bermula pukul 8 pagi dan dia ada mention *sila tiba 30 minit sebelum waktu yang diberikan* so , ikut arahan itu. Saya akan ditemu duga pada pukul 12 tengahari sebab saya sesi 3. waktu itu , ada bilik A , B , C , D , dan E. Saya masuk ke bilik E. Dan bagi saya , menunggu panggilan dan menunggu dipanggil itu lah saat yang paling-paling lama dalam hidup saya. Dan kesilapan saya juga. Sebab selepas sesi ceramah itu , jam menunjukkan pukul 8 45 pagi. So , kebetulan , saya tertinggal handphone saya dekat kereta ayah , dan ayah entah kemana. So , saya terpaksa pinjam telefon dengan sekumpulan pak cik yang sedang menunggu anak-anak mereka. Terima kasih pak cik.

Bila ayah sampai , saya told my mom yang temu duga saya berlangsung pada pukul 12 tengahari dan saya dikehendaki ada di bilik temu duga pada pukul 11 50 pagi. 10 minit awal. Yes ! Saya pergi keluar , cari makan sampai ke pekan then pukul 10 lebih dekat pukul 11 saya pulang kembali. Niat saya memang lepas pergi tandas nak terus ke pusat sumber menunggu turn , tapi mana tahu saya boleh buat u-Turn pergi dekat sebuah pondok , berborak-borak dengan dua orang mak cik ni. Kebetulan dekat sebelah mak cik dari Sungai Balang ni , ada anak perempuan dia.

Rupa-rupanya , anak dia juga dapat sama bilik , sama sesi dan sama waktu dengan saya. So , kami pun sementara nak tunggu pukul 11 30 pagi , kami berborak-borak. Bila tengok dah pukul 11 30 gitu , kami bertolak naik pergi bilik E. Sebelum itu , saya minta Suriati tunggu sebab nak pergi tandas. The moment saya keluar tandas , Suriati cakap , "Weh , dia kata sesi dah tamat lah.... semua orang dah balik." So , saya pun macam , "seriously ?" Aduhaiii...... Saya tanya budak yang Suriati tanya tu , dan dia cakap "Ha.ah , tapi korang cuba tengok-tengok , penel dia masih ada kalau tak silap.". So , after thanked her , saya dan Suriati bergegas pergi bilik E. Hhaha..... kitaorang beranikan diri ketuk pintu bilik dan face to face dengan panel tu. Kita orang siap kena marah. Tapi memang sebab kesilapan kitaorang , so Syah diam. Meanwhile Suriati yang memerah air liur jawab dekat penel tu. Thanks , Su.

Finally , panel tu cakap ada 8 orang tadi , yang tak ada masa temu duga. So , panel A ni tanya dekat panel B , nak buat sekarang ke atau tunggu kesemua lapan orang tu tiba ? Then dengan muka berharap , kitaorang still kena marah beberapa kali. Tapi tak apa..... demi perjuangan IPG. Then tunggu punya tunggu , kitaorang kena tunggu sampai pukul 2. Meanwhile 2 orang panel tu pergi makan. So dari pukul 11 40 tu , kitaorang tunggu sampai pukul 2 ! Serius ! Time tu , nak pergi surau solat pun macam teragak-agak. Takut tiba-tiba penel tu muncul , kitaorang pula tak ada. So , kitaorang memang mereputtttt gila lah nak tunggukan pukul 2.

Tunggu punya tunggu. Dah pukul 1 45 petang. Tengok-tengok , tak ada pun orang naik atas , bilik E. So , Su and I expect maybe they still waiting at the library. Sebab pukul dua ni untuk budak sesi 4. Then bila sampai depan library , kitaorang bertembung dengan mak Suriati. Kitaorang pun ceritalah perkara sebenar. Mak Suriati pun mengucap panjang tengok kitaorang. Then Su toleh sebelah tempat duduk dekat area kiri , ada seorang budak perempuan ni. Su cakap dekat saya , "berani tak ?". So saya pun pelik , "Nak tanya apa ?" . Su cakap , cuba kita tanya dia , dia sesi apa ? Saya dengan Su pergilah jumpa dia. Saya tanya dia , awak sesi berapa , bilik apa semua tu. So , dia cakap sesi 4 , bilik E...... Saya pun macam , erkkkk.... sesi 4 belum berlansung kot , then we walked into the library and met the lecture , maybe ? kitaorang pun tanya pasal panel tu ada datang ke sini tak dan semua tu. So , saya dengan Su cerita dekat dia apa yang terjadi tadi dan arahan panel tu kepada kitaorang. Meanwhile Farisha still in her curiousity. So , pensyarah tu cakap , sesi 4 pun dah habis. Terkesima sekejap saya dan Su .

 Farisha masa tu yang tak tahu apa-apa dari awal , lagi terkejut gila macam kita orang mula-mula tahu sesi dah terlepas. So , Farisah tanya , kenapa..... Saya cakap , nanti saya ceritakan. Finally , pensyarah tu cakap , " ok you guys pergi bilik E tunggu je diaorang. Kalau tak ada , nanti awak datang balik cari saya. Masa tu saya tengok jam almost pukul 2. So , kitaorang risau gila. Tugas menceritakan semula apa yang berlaku , saya serahkan pada Su . Naik atas tengok , panel tak ada lagi. Fuhh..... lega kot. Sementara tunggu panel tu , kitaorang bual-bual. Rupanya Farisha tertidur dekat surau. Beberapa minit kemudian , ada seorang lagi datang. Nama dia Cha , orang asli berpakaian baju kurung merah. So , kita orang memang berbual je , sesi suai kenal gitu. Tunggu- tunggu , panel tu tak datang juga. Pensyarah yang kitaorang jumpa dekat library dia datang jenguk kitaorang , tanya panel tak datang lagi ? Kitaorang geleng jelah. Lepas tu ada lagi panel berkulit hitam manis , lelaki , naik jenguk-jenguk dalam bilik tu. Tengok panel agaknya.

Finally , Alhamdulilah , datang juga penel. Lepas tanda tangan kehadiran , kitaorang dipanggil masuk. File dan borang semua tu diserahkan. Dan bermulalah sesi temu duga. Sebelum itu , dia ada berikan satu sticker yang panel tu tuliskan nama kita. Lepas tu , ikut arahan dia , suruh tampal dekat belah kiri or kanan pakaian.

First thing yang dia pinta ialah , kenalkan diri awak. Then masing masing diberi giliran kenalkan diri.
So , sampai giliran saya , saya cakap nama , adik beradik dan parents kerja apa. Lepas tu bila dah tak tahu nak cakap apa lagi , saya pun cakap , saya masuk sekolah menengah kebangsaan bila tingkatan 3. Sebelum itu saya bersekolah di Chung Hwa High School , semasa di tingkatan 1 dan 2. So , panel tu quite impress dan panel B tu ambil borang butiran diri saya while panel A tu tanya saya selanjutnya. Dan , mereka suruh saya tulis dalam Bahasa Cina dekat sebuah whiteboard. Saya pun tulislah , 我的名字叫韩妮诗。Panel tu tanya , tulis apa tu ? Saya pun jawab , nama saya.

 Then diaorang pelik . Kenapa nama awak panjang sangat ? So saya pun terangkan satu persatu. Diaorang pun faham. Sebelum duduk kembali , mereka suruh saya menyanyi lagu cina. Saya pun macam huh ? nak nyanyi lagu apa ni ? Agak panel tu dapat baca , riak muka saya , so panel B pun kata lagu kanak-kanak. Time tu , teringat dekat cikgu Hasbullah , dia ada pesan , kalau panel suruh kau nyanyi , kau nyanyi je. So dengan tergagap-gagap , nyanyi juga lagu bintang-bintang di langit versi bahasa cina. Saya just ingat 2 rangkap , so bedal jelah....

TIPS !! kalau nak panel tu lebih ambil perhatian dekat kita , kenalkan diri kita secara spontan dan ingat beritahu mereka kelebihan kita. For example macam tadi.... Even korang minta SK sebagai pilihan , tapi kalau korang tahu bahasa cina or bahasa tamil even tak bersekolah sampai habis / belajar sendiri , korang boleh beritahu. No problem. Malahan itulah yang sebaiknya.

Habislah sesi kenalkan diri. Then sampai sesi bertanya pasal hasrat kita. Mengapa kita hendak menjadi guru. Jawablah sejujurnya. Andai tak nak jadi guru , tapi parents suruh , you still have to berikan jawapan yang terbaik kenapa korang nak jadi cikgu. Jujur saya katakan. Actually , saya memang tak ada aim nak jadi cikgu. Tambahan , masa tu saya dapat tawaran diploma pentadbiran awam dekat uitm seremban. So , saya give up dan tak pergi even minat. Mula-mula memang nak pergi , tapi fikirkan kos semua tu , saya memang tak suka nak bebankan parents. So , I give up ! I apply form 6 sebagai back up plan. Korang yang buntu gila , boleh buat macam cara saya. Insyahallah , Allah tahu niat kita nak ringankan beban mak bapa. Allah akan berikan yang terbaik.
Tapi Alhamdulilah , Allah bantu saya masa menjawab soalan ni. Dan juga soala seterusnya. Alhamdulilah , syukur sangat-sangat.....

Then habis sesi menyatakan hasrat tu , kita sampai ke sesi merebut untuk menjawab soalan. Time tu , kitaorang ditanya pasal , "Bagaimana guru boleh dikatakan sebagai agen "Guru Pembina Negara Bangsa"" berkaitan dengan slogan hari guru tahun ni juga. So , masing-masing tengah fikir nak jawab apa , panel tu pula pancing , kalau siapa angkat tangan dulu , markah lain-lain. So , saya toleh kiri kanan , tak ada yang nak angkat , saya pun angkat , lepas tu disusuli Farisha. Masa saya jawab , jujur saya tak ada jawapan ! So , masa saya cakap apa yang terlintas tu , saya risau sangat sebab takut tak menjawab persoalan. Finally , Cha bila menyatakan hujah dia , dia memetik hujah saya sekali. Dia mengia kan hujah saya. Lega sikit , ada yang setuju dengan hujah saya.

Done that sesi , berganjak ke sesi perbincangan. Kitaorang diberikan kertas soalan. Dalam kertas tu , memang soalan KBAT.... memang otak kena perahhhhh habisan. Kitaorang dapat soalan berkaitan gangsterism. Dan sebagai rakan pembimbing sebaya , kena buat satu kempen untuk membantu menangani masalah ni. Bawah kertas tu nanti dia ada beri satu lagi nota tambahan. So dalam perbincangan ni , saya nak tekankan sangat-sangat , please kerjasama dengan kawan-kawan. dan dengar pendapat orang lain juga. Dan suara juga kena lantang even dalam group work.

Finally , akan ada persoalan terakhir selepas perbincangan itu berakhir. Macam saya , kitaorang dapat soalan yang lain-lain. Mula mula Su disuruh buat rumusan pasal perbincangan dan bahan maklumat yang kita orang dah tulis dekat papan putih tu. Then saya dapat soalan pasal gangsterism dalam kalangan pelajar cina dan macam mana saya nak handle. *Saya meminta mengajar di SJK(C)* so soalan yang dia tanya pun berkaitan denga tempat yang kita minta untuk mengajar. Penting untuk fikir. Cha pula dapat soalan macam mana nak cope with keganasan gangster dekat sekolah pedalaman. Gitulah kalau saya tak silap. Dan Farisha dapat soalan gangsterism berkaitan apa saya tak ingat sangat. Tapi panel tu ada mention , Pasir Gudang. Sebab Farisha ni dia budak Pasir Gudang , so panel tu pun petik Pasir Gudang.

Dan itulah untuk yang terakhir. Fuhh... penat taip.....

1 . Tapi untuk setiap soalan yang akan dia tanya , mostly melibatkan slogan hari guru , masalah dan isu semasa. Wajib ambil tahu.

2 . Dan lagi satu nak diingatkan , IC , Surat Beranak yang ori tu jangan lupa bawa....

3 . Dan kalau boleh buat resume dan rumusan bagi sijil yang kita ada.
Time saya , sijil-sijil kitaorang panel tu tak sentuh. Tapi saya rasa lagi baik sebab bila kitaorang bercakap , perhatian panel tu tak teralih. Perhatian panel terhadap kita yang bercakap pun lagi penuh. Menjadikan kita rasa lebih yakin. Tapi sijil korang macam mana pun tetap kena kemas kini.

Akhir kalam , kalau ada apa-apa nak tanya , please e-mail me :: missteddy_85@hotmail.com

Sunday, 7 May 2017

Nasihat

Assalammualaikum , kepada para pembaca dan salam sejahtera juga.
Pernah tak kita terfikir kenapa dan mengapa kita hendak memberikan dia nasihat dan kenapa kita pula yang menerima nasihat ? Kadang kala ego yang menyebabkan kita mengajukan pertanyaan kenapa aku pula yang kena terima nasihat ini sedangkan dia sama saaja dengan aku perangainya. Dan niat hakiki kita menjadikan diri kita terdorong untuk memberikan nasihat itu.

Mari kita fahami nasihat yang sebenarnya. Nasihat dituturkan dalam keikhlasan , dan mereka yang menggunakan nada sinis dalam "nasihat" , pada pendapat saya itu bukannya nasihat , akan tetapi sindiran. Dalam memberikan nasihat , nada , hati , cara dan niat kena betul. Izinkan saya mengulas mengenai memberi nasihat. 

Peranan memberikan nasihat merupakan peranan semua pihak. Akan tetapi perbuatan memberikan nasihat mahupun teguran berhikmah sepertinya dianggap perbuatan dahulu kala. Kenapa saya berkata sedemikian ? Mungkin kita sudah lali dengan bahasa percakapan orang sekarang ; kubur masing-masing , kau sibuk apa ? ; ataupun kau tu sama je , tak payah nak berlagak alim sangatlah ; atau pak cik / mak cik tak layak nak tegur-tegur , nasihat anak saya , dan sebagainya.

Mari kita letakkan diri kita dalam orang yang memberikan nasihat itu. Sebab apa dia berikan kita nasihat ? Pernah tak kita cuba berbuat demikian ? Tidak bukan ? Sebab apa ? Sebab hati kita tertutup. Dia memberikan kita nasihat , kerana dia merasakan ada perbuatan kita yang tak kena dan ada yang perlu kita perbetulkan sama ada untuk kita menambah baik diri kita ataupun perbuatan kita sudah menyusahkan orang disekelling kita. Sedar tak sedar , perbuatan kita telah menjadikan orang lain serba salah. 

Dan kepada yang memberikan nasihat , andai dia tidak menerima nasihat kita , usah marah-marah , sedih mahupun khuatir. Mungkin ini juga cara Tuhan hendak menunjukkan kepada kita sesuatu yang sentiasa kita terlepas pandang. Cuba kita perhatikan , dan tanya diri sendiri. 

-Kenapa aku nasihat dia , dia tak  dengar ? ADAKAH aku macam dia juga ?-
Soalan yang wajib ditanya pada diri sendiri andai dia keras hati untuk menerima nasihat kita.

1. Adakah aku macam dia ? Mak ayah bila nasihat aku , adakah aku terimanya dengan hati yang terbuka atau melenting ?

2.Adakah aku seperti dia ? Aku nasihati dia untuk bersolat , aku pun bersolat ? Bila kita renungkan balik , kita lengkap bertudung , tutup aurat dan sebagainya . Tanya soalan ini pada diri , dan kita akan dapat jawapan. Rupa-rupanya , selama ini aku kadang kala ada menceritakan keburukan si fulan demikian , demikian , aku mengata dia sebab dia tak solat.

Itulah jawapannya. Dalam kebaikan kita , ada ketelanjuran kita lakukan. Manusia tak sempurna. Kadi perbaikilah diri kita. Sebenarnya itu juga merupakan salah satu cara Allah "menasihati" kita. 
Selain itu , ada suatu hari , dalam rancangan Tanyalah Ustazah. Prof Muhayah Dr. Madya kalau tak silap. Yang bertanya itu berkata , bagaimana kita hendak merubah orang. Jawapan beliau amat mudah.

                              "Kita bukan sesiapa untuk mengubah manusia."

Itu tegasnya diawal penerangan. Jadi kita memahami , andai nasihat kita tak jalan. Renungkan diri kita dulu , mungkin ada yang silap dalam diri aku. Jadikan tindakkan orang yang tak nak terima nasihat itu sebagai salah satu renungan buat kita. Selain itu , sentiasa berdoa supaya Allah bukakan pintu hati kita dan dia untuk menerima nasihat.


Menerima nasihat dan meminta nasihat , jangan segan untuk mendapatkan dan menerima nasihat dari mereka yang lebih muda. Kita selalu dengar , meminta nasihat daripada yang tua. Sebenarnya , setiap peringkat usia , ada betulnya dalam nasihat yang mereka berikan , cumanya ia sesuai untuk digunakan untuk menyelesaikan masalah / memperbaiki diri kita. Rendahkan ego. 

Saya pernah melalui perkara ini. Kadang kalau difikirkan balik , dia agak berani untuk meminta nasihat daripada seorang yang lebih muda daripada dia. Izinkan saya selitkan pengalaman saya agar coretan ini tak kelihatan membosankan. 

Saya telah mengambil lesen kereta bersama seorang ejen. Dahulunya ayahnya yang mengajar. Namun dek keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan , tugas itu diserahkan sepenuhnya kepada anak lelakinya. Saya gelarkan dia abang Ali (bukan nama sebenar) lebih mudah penceritaan ini. Suatu pagi , Abang Ali menceritakan kepada kami (Saya dan lagi seorang budak lelaki) sewaktu dia dalam perjalanan untuk menjemput beberapa orang pelajar memandu. Dia secara tak sengaja masuk ke jalan orang sewaktu membelok corner (jalan taman perumahan) dan menyebabkan bumper kereta orang tu terlanggar pada bahagian pintu Axia dipandu Abang Ali. 

Kata Abang Ali , dia sedang menunduk untuk mengambil barang yang terjatuh dari seat sebelah. Masa saya dengar apa yang dia cakap , saya dah geleng kepala. Dah tahu tengah memandu , boleh pula buat macam tu. Memang salah dia. Dia pun cakap , " Nanti petang abang dah deal dengan dia , settle kan benda ni." Sebenarnya saya rasa kelakar pun ada , dia pening fikirkan nak settlekan macam mana. Soon , dia tanya saya. 

Abang Ali : Abang nak cakap macam mana ek ?
Saya : Abang yang terlanggar dia la ni ?
Abang Ali : Ha.ah... Kalau Syah , macam mana Syah nak cakap dengan dia kalau dia jenis yang agak lembut.
Saya : Dia perempuan ke ? 
AA : Tak , dia lelaki. Tapi agak lembut sikit , abang pernah stalk FB dia. Boleh tak abang cakap , saya banyak kerja nak buat , jadi kita selesaikan begini jelah. Saya bagi awak 300 ringgit gitu , boleh tak ?

*Tergelak kecil aku dengar dia cakap. Saya pun berikan guide line nak buat macam mana saya akan lakukan kalau saya ditempat dia.

Saya : Abang tak boleh jadi yang bersuara dulu. Macam , eh aku bagi kau 300 ringgit jelah sebab aku banyak lagi kerja nak buat. Sebab tu nampak macam abang nak melarikan diri dari kesalahan. So , apa-apa hal , abang bagi dia bersuara dulu. Baru abang bercakap. Sebab kita yang salah , kita hormati dia. Then kalau dia tanya abang , eh macam mana nak buat ek , barulah abang cakap.

Then bila dia jumpa seorang yang lagi tua daripada dia. Dia menceritakan perkara yang berlaku. Dan penyelesaian juga telah diberikan. Pergi bawa kereta dia ke bengkel dan tanya berapa semua tu. And pada keesokan harinya , dia cakap dah selesai. And apa yang saya puji dalam diri Abang Ali , dia gunakan nasihat-nasihat tersebut.

Jadi kalau nak terima nasihat atau meminta nasihat , jangan segan dan rendahkan ego. The most important thing is , rendah kan ego dan buka hati biarpun kita tahu nasihat itu mengandungi kebenaran. 

Kalau saya terima nasihat daripada kakak / parents , saya kadang kala agak tersentap dan kadang melawan. Tapi saya cuba berubah. So , when ever saya terima nasihat , keadaan yang kita rasa dalam diri ialah canggung dan kekok sangat-sangat. Jadi saya mempositifkan diri. Sedaya-upaya ! The moment kita terima nasihat , kita akan melawan atau tak terima sebab kita nak tutup rasa malu itu. Yes ! Itu realitinya. Kita sebagai manusia takut sangat menerima nasihat kerana kita telah menganggapp nasihat itu sebagai salah satu kritikan dan kita telah membiasakan diri kita untuk menyamakan nasihat itu sebagai kritikan. Dan kritikan itu sangat perit untuk didengari. Tapi , berani dan buka hati kita. Sentiasa berdoa kepada Tuhan. Dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan itu. Insyahallah. 😃

Thursday, 5 January 2017

Belajar dalam aliran yang tidak diminati.

Tahun baharu 2017 telahpun bermula. Kepada adik2 PT3 yang memperolehi keputusan cemerlang , congratulation. Dan kepada adik2 yang dapat keputusan yang lari daripada expectation , jangan sedih-sedih. Kalau you expect nak masuk kelas sains , tiba-tiba result dapat teruk , dan tak berjaya melayakkan diri anda untuk ke kelas sains or kelas yang dihajati , di sini ada beberapa tips ,

1.Jenguk peluang
*Lazimnya kalau masih lagi awal-awal musim persekolahan , akan ada pelajar berpindah sama ada pergi ke MRSM , sekolah sains dan sebagainya. Jadi akan ada kekosongan di situ , pihak sekolah akan tawarkan kepada pelajar kelas lain untuk mengisi kekosongan itu. Jangan rungsing. Kalau ada rezeki , insyahallah.

*Anda boleh buat rayuan kepada pihak sekolah atau kepada GPK HEM. For sure benda ni kena ada surat ibu bapa semua. Sebelum anda membuat rayuan , fikir sejenak adakah anda pasti nak masuk aliran tersebut? Kerana , semasa anda membuat rayuan , anda kena yakin. Bila bercakap / berunding dengan cikgu , you guys kena nampak yakin dan biasanya , cikgu akan minta jaminan. Adakah anda akan buat yang terbaik ? Ada sekolah yang GPK HEM dia tak kisah , nak tukar aliran boleh , pastikan result ok , kalau tak , you guys kena prepare jiwa dan raga , kena perli depan perhimpunan.

2.Motivasikan diri.
*Mesti korang start rasa hampa , lepu... Lagi-lagi jenis yang minat LK or BIO , tapi kena masuk kelas akaun. So, perasaan macam malas gila nak pergi sekolah. Asal ada waktu akaun je , nak ponteng. Jangan macam tu. Yakinkan diri tu untuk bersandar pada ALLAH sepenuhnya. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik buat hambanya. Kalau betul tak tahu juga macam mana nak mempositifkan diri , sini ada satu trick. Minat BIO , tapi kena belajar ACC , well keep going dengan minat mencintai bio , dalam masa sama , belajar akaun. Stedylah. Jadikan bio itu sebagai ilmu sampingan.

*Nak masuk kelas sastera tapi kena masuk kelas LK/Sains ? Ada dikalangan pelajar nak masuk kelas sastera and sewaktu dengannya sebab takut tak boleh fight dengan budak pandai . Ada pula memang minat sastera tapi dah kena aturkan masuk kalas sains. Jangan takut. Dalam satu masa , we can be 2 in 1. Semaikan dalam diri untuk belajar lebih sikit. Its okey , korang boleh ambil subjek tambahan. Jangan rasa , kalau ambil subjek tambahan ni , result kena top baru boleh ambil and so on.

Let me pecahkan rahsia sendiri.Saya jenis yang tak boleh nak stress sangat. Nanti I gonna spoil all the effort that I had done. So , saya kelas sains. Sedia maklum , budak melayu yang pandai2 semua dah pergi sekolah sains. Tinggal yang budak melayu yang sederhana tapi , ada jugalah yang pandai . Dalam kelas tu pula , student chinese memang otak pandai. Every time dapat result , saya dikira sedarhana. So , I just belajar dalam keadaan relax , dalam masa yang sama , saya dapat tekanan daripada result yang baik2, but I still let myself relax. Sampai F5 , alhamdulilah saya dapat pecut. Setiap kali nak exam , 2 minggu sebelum paper , saya hafal buku and buat latihan yang mana sempat.Saya pun ada ambil subjek tambahan seni and bahasa cina. Kalau result korang tak molek , usaha lagi.... Mesti boleh

*But korang kalau jenis yang tak boleh stress2 , boleh guna trick ni.

Lagi satu , sentiasa dekat dengan Allah , banyakkan berdoa agar Dia berikan kita yang terbaik sentiasa. Dan kalau ada ambil subjek tambahan, jangan ajar diri untuk berkata “ aku ada ambil 1 or 2 subjek lebih dari diaorang , ok lah kalau result sederhana.” Please , jangan ajar diri cakap macam itu. Kalau korang kurang usaha , result korang akan lagi kebawah dari orang lain. Tapi , kalau korang usaha lebih , insyahalah result korang akan lebih baik / sama level dengan budak yang result ok ok belaka. Dan the good news is , itu adalah bonus buat diri korang.

3.Kentalkan diri
*Try untuk push diri belajar. Memang kadang kala kita kena tegas sikit dengan diri kita.Cuba untuk kenali subjek itu. Kalau korang sesuai , rasa boleh ikut , why not you keep it up. Kalau rasa tak boleh , drop subjek tu , kalau korang rasa dia agak membebankan. Tapi my advice is , untuk first year korang belajar subjek itu , masih tak boleh hadam , drop je. Ataupun korang rasa sayang nak drop , doa kepada Allah , minta Allah bukakan pintu hati korang dalam belajar subjek itu. Allah akan tolong. Percayalah.

-
-
*Kalau ada apa-apa pertanyaan , boleh e-mail me or drop your comment below.

Thursday, 15 December 2016

His Cinta Her Puisi (Part I)

Berjalan , selama 3 tahun aku memerhatikan dia ,
Tak. Bukan dia. 
Tetapi hanya kelibat dia. 
Tak. Bukan aku. 
Hanya lirikan mataku sahaja memerhatikan dia 
Di awal 3 tahun ini , aku baru mula berhijrah 
Sehinggalah hari ini. 
Pernah sekali aku nekad senyum kepadanya. 
Dan aku lakukan. 

Selepas itu , tiada lagi. 
Di awal pertemuan aku dan dia , 
Cuba merapati aku di biarpun balik tabir.
Dia mendekati lagi,
Aku sedaya upaya mengelak.
Dengupan hatiku , pandanganku ,
Akan tetapi bukan lirikan ku.
Semalam hari , dia berjaya meletakkan kata kunci
Kepada setiap pertanyaan ku.
Bukan semua , hanya satu sahaja.
Hari itu , dia masih lagi cuba mendapatkan senyumku.
Namun aku mengelak.

Kata kunci , 
Aku dapat mencari dirimu , 
Namun hanyalah setipis harapan ku.
Dari awal ku ketahui sedikit latar mu.
Kau berada dalam perhubungan bersama miss question mark.
Aku hanya tersenyum di belakang mu.
Tapi aku tertanya-tanya semula , 
Ya Allah , mengapakah kau mengizinkan semua ini ?
Aku masih menantikan jawapan.

"Dia cuba membuat aku tersenyum ,
 Aku menolak.
 Dia cuba senyum kepada ku , 
 Aku memaling.
 Dia cuba mengenali ku , 
 Aku mengelak.
 Dia cuba memanggil ku , 
 Aku berdiam diri. 

Izinkan aku membiarkan dalam keheningan ini , 
Masih membara kemisterian , 
Mencari-cari siapakah kita masing-masing.
Tujuan mu ? 
Tanpa tujuan , aku pasti.
Adanya tujuan , hanya kau sahaja yang mengetahuinya
Adanya jawapan , aku pasti.
Tanpa jawapan , hanya kau sahaja yang mengetahui.
Namun tiada harapan dilepaskan , 
Itu , aku pasti.




Sunday, 4 December 2016

Cerpen pengajaran : Cintai dia , diriku.

Coretan kehidupan 

"Saya minta maaf , namun saya harus patah balik juga ."  aku berlari membawa tekad yang ku genggam. Biarpun berat..... Aku sanggup.

"Belakang kamu......" Suara jeritan semakin lama semakin jauh , jauh...... Tiba-tiba , langkahku tekadku , lemah longlai , tidak berdaya melakukan apa-apa. Aku rebah , hanya bumi mendakap

Kehidupan aku selepas tamat sekolah menengah , perlahan-lahan berubah seperti bola yang bersilang arah diatas kehijauan rumput padang yang semakin layu dek kepanasan darah mudaku yang membuak-buak. Aku tidak mengenakan hijab , setiap halaian rambutku dibentuk dengan fesyen potongan gaya maskulin. Suatu ketika , aku hilang ciri kewanitaan hanya semata-mata kerana aku putus cinta dengan seorang lelaki. Pada ketika itu , aku telah berputus asa dan tidak ingin ditipu percintaan darah muda. Tindakkanku sungguh bodoh.  

Hanya kerana goresan luka daripada seorang Adam , aku hilang iman , identiti . Aku beranggapan bahawa kelakuan seperti seorang lelaki akan menjadikan diriku kelihatan tidak mudah "dibuli" oleh lelaki dan lebih kental. Namun , aku silap.Bukan ahli keluarga tidak menegur , aku sendiri yang tidak mengendahkan mereka dan bukan salah mereka sama sekali , bukan !Kelakuan aku masih berterusan selama beberapa tahun , dan akhirnya ia bertemu penghujung jua. 

"Mak Cik , semua sekali berapa ringgit.” mak cik penjual kuih membuat kira-kira , menekan-nekan kalkulator mini . Namun selang beberapa ketika , muka mak cik berubah.
“Alamak...... Adik , tak cakap pun dengan ibu karipap dah nak rentung. Adik tolong ibu ambil duit dari pelanggan , enam ringgit semua sekali.” seorang anak kecil , berpakaian gaun berwarna merah jambu , berlari anak mendapatkan kepingan not berwarna merah dari tanganku. Anak kecil itu sangat comel , tangan kecilnya menghulurkan kepadaku supaya aku meletakkan not tersebut diatas tangannya.

“Ibu..... Dah ! Tapi adik tak reti nak bagi balik berapa.” menyeluk tangan kanan kedalam saku apron , lantas mak cik menghulurkan kepada anak kecil itu semula baki wang. Gengaman kiriku erat mengenggam bugkusan makanan dan kuih muih manakala aku menghulurkan tanga kanan ku untuk mengambil baki wang. 
“Alamak..... Ibu , tangan abang ni kena tangan adik..... Ustazah kata tak boleh tangan lelaki kena tangan perempuan”
Aku tersentak , lelaki ? Adakah aku kelihatan seperti benar-benar seperti lelaki dihadapan seorang kanak-kanak yang masih suci fitrahnya?Mak cik hanya mampu tersenyum dan mampu berkata “Mak cik minta maaf , anak mak cik dia anak istimewa. Minta maaf ya nak.” Aku tersenyum , mengeleng-geleng kepala lantas berlalu pergi.

Tiba di rumah , salam mendahului langkahku , “Assalammualaikum , mak orang dah balik.” aku meletakkan kuih muih diatas meja. Duduk termenung.
“Waalaikumsalam , kak , tak pernah pernah beri salam , hari ini beri salam ? Kak , dekat atas meja ada surat kakak. Mak tak buka lagi.” 
Mengerling mencari surat yang dimaksudkan mak , mengoyakkan sampul surat , perlahan-lahan. Mata ku hampir terbeliak dibuatnya , benarkah apa yang dilihat diriku ini. 

“Adalah penting bagi kamu semua sebagai tentera , menyelamat , membela negara. Jika kamu berfikir dua kali untuk ke medan perang , masih belum terlambat kamu semua melangkah dari lapangan ini . Faham ?” Itulah ayat pertama ketika aku melapor diri di pusat latihan ketenteraan Sabah. 

Tempoh lima tahun , tidak terasaku letih kerdipan dan celikan mata. Namun pada hari itu , aku sangat letih , tiada daya lagi yang mampuku kerahkan. Mak , ayah ......

“Serang !!” Dalam detik getir di dalam zon peperangan mempertahankan tanah ibu pertiwiku , hanya kedengaran arahan dan tembakan dari barisan tentera bahagian utama. Aku bersama rakan seperjuangan yang lain berada dalam posisi “back-up” , kami bersembunyi tidak jauh dari medan pertempuran. Seakan-akan gugusan daun yang mengenggam api demi perjuangan.

Komander memberi arahan “sulit” kepada ku , menyuruh aku pulang ke kem meminta bantuan ketenteraan .Aku sebagai ketua diposisi “back-up” menyerahka tugasku kepada timbalan . Aku diiringi tiga orang , meredah semak samun . Apa yang kurasakan ketika itu , tanah air dan tanggungjawabku. Berjaya , aku berjaya . Tertapi , keempat-empat kelibat sudah menjadi taruhan peluru musuh. Aku menyedar akan perkara itu , namun , taruhan peluru menganai salah seorang pengiring keselamatanku. Belum sempat kami berbuat apa-apa , bertalu talu das tembakan menghujani .Tiada jalan lain selain bersembunyi . Kadang kala kami berbalas-bals tembakan , tapi , bayangkan tenaga tiga orang pejuang hendak menandingi tenaga belasan orang. Allahhuakbar.....Akhirnya aku membuat keputusan nekad.

“ Dengar , saya akan menyelinap masuk semula kem dan beritahu keadaan kita dan kecederaan Zaid. Pastikan keadaan dia dan pendarahan dia tidak semakin teruk.” sekali lagi aku menarik nafas panjang , nafas ku seperti mengetahui perkara sebenar .“Jangan bergerak selagi keadaan tidak selamat . Bantuan akan sampai ” aku berbisik di balik semak samun persembunyian kami.
“Tapi puan , keadaan sangat bahaya.” bantah salah seorang rakan sepejuangan ku. Kerana tugas , kerana aku melihat kecederaan parah yang akan mengorbankan nyawa rakan sepejuangan ku bila-bila masa , aku mengentalkan hati ku. Aku hanya tersenyum memandang mereka.

"Saya minta maaf , namun saya harus patah balik juga ."  aku menyelinap secepat mungkin , membawa tekad yang ku genggam. Biarpun berat..... Aku sanggup. Akan tetapi , aku seperti telur dihujung tanduk rupanya.

"Belakang kamu......" Suara jeritan dari kem yang ingin ku hampiri , semakin lama semakin jauh , jauh...... Tiba-tiba , langkahku tekadku , lemah longlai , tidak berdaya melakukan apa-apa. Aku rebah , hanya bumi mendakap. Aku gugur di medan perang , sakit , perit , kecewa . Aku tidak pasti sama ada , masih adakah lagi untuku satu lagi peluang dicoretan hayatku . Namun menjadi suatu kepastian bagiku bahawa aku bukan lagi seorang wanita yang bertopengkan wajah “ lelaki” dan kecewa akan “perjuangan” kehidupan yang sia-sia , akan tapi aku seorang muslimah berhijab yang gugurnya dimedan perang . Inilah kekentalan jiwa dan kepaastiaan yang sebenar selama ini aku cari . Aku yakin. Allahhuakbar.

CREATIVE WRITING TSLB 3252

  Non-Fiction (Diary) Dear Diary, Things have been very tough lately. Battling with missing and home sick feelings, I try to shoo it awa...